Pages

Monday, March 31, 2014

Jom Snorkeling di Taman Laut Pulau Redang

Kalau kita pi pulau mesti nak bersnorkeling. So kesempatan bercuti di Pulau Redang kami bersnorkeling sekali di Taman Laut Pulau Redang.

Kami pergi sana dengan menaiki bot yang mana lebih kurang 30-40 orang semuanya. By the way, pakej ni kami ambil di tempat kami menginap, Sari Pacifica. Kosnya untuk kami RM580 yang mana 6 dewasa dan 4 kanak-kanak. Dewasa RM70 manakala kanak-kanak RM40. My in-law sorang lagi tak pi since jaga 3 kanak-kanak yang masih kecil.

Nak pi sana memakan masa lebih kurang 30 minit dan kena berenang sikit nak ke bot since bpt tak boleh masuk dekat tepi pantai. Jangan risau kalau tak pandai berenang pun OK since kita dah pakai life jacket yang boleh terapungkan badan kita.

Sampai di Taman Laut tu kita diberi sedikit penerangan untuk bersnorkeling. By the way, jangan lupa bawa roti untuk diberi makan kat ikan. My friend cakap kita letak roti dalam genggaman dan biar ikan tu makan tanpa buka genggaman kita. Biar ikan tu gigit tangan kita. Memang lepas tu ikam akan datang banyak-banyak.

Kami bersnorkeling lebih kurang 2 jam dan masa balik, bot tu pun berhenti dalam bukan tepi pantai dan kena berenang sekali lagi ke darat. Tengok le ya gambar beberapa keping untuk tatapan semua.

4 comments:

Bella Enveeus said...

Wow. Ramainya orang. Nampak sangat interesting.. Teringin nak snorkeling tapi tak pernah kesampaian.. Huhu

Soleh Kamarulazizi said...

Assalamualaikum. Mesti basah bila naik bot tu..hehe

Eliss Mie said...

x pernah cuba lagi snorkeling..teringin jugak tapi tu la bila x reti berenang..fobia sket..hahaha. dulu masa join kayak pun dalam otak asyik laa duk fikir mcm mana laa kalau kayak ni terbalik dlm laut..hahaha

amirah said...

org kata redang cantik sgt viewnya kalau tgk dengan mata sendiri..teringin nak pegi..insyaAllah satu hari nanti