Ianya terputus hubungan pada pukul 2.30 pagi. Dalam peswat tersebut seramai 239 orang termasuk 12 anak kapal. Mengikut MAS, penumpang-penumpang adalah termasuk yang berasal dari China dan Taiwan (154), Malaysia (38), Indonesia (7) dan India (5).
Untuk perkembangan lanjut boleh lihat di website Astro Awani.
Semoga waris-waris dan sesiapa sahaja bersabar dan tunggu pengumuman rasmi oleh pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini memandangkan dalam internet ni macam-macam cerita ada yang mana sukar untuk menentukan kesahihan.
Apa-apa pun kita harapkan yang terbaik untuk semua.
Mengikut BBC, sedikit fakta mengenai Boeing 777:
- Dilancarkan pada bulan Jun 1995
- Salah satu daripada kapal terbang yang popular bagi penerbangan jarak jauh
- Selalu digunakan untuk penerbangan tanpa henti sehingga 16 jam atau lebih.
3 comments:
amin.. semoga yang terbaik buat mereka.
semoga semuanya selamat...pray4MH370
Didoakan yang terbaik buat semua yang ada dalam MH370 tu..
Post a Comment