Pages

Tuesday, March 4, 2014

Cantik Betul Pemandangan Dalam Laut di Pulau Mabul

Beberapa hari yang lalu, my in-laws pi Pulau Mabul. Kiranya untuk berehat dan snorkeling.
Memang Pulau Mabul ni salah satu tempat yang menarik bagi mereka yang sukakan snorkeling or scuba diving. Kalau tak silap, mereka bayar lebih kurang RM800 untuk dua malam punya package bagi dua orang.
Kalau Pulau Mabul ni tak boleh nak dipisahkan dengan orang Bajau Laut. 
Tengoklah kanak-kanak di sini memang sudah biasa dengan perahu dan laut. Kalau tak silap seawal usia dua tahun dah pandai bersampan.
Jom kita tengok apa yang ada disini. Jom snorkeling.
Memang seronok betul.
Ni le tapak sulaiman. Baru tahu yang ada juga jenis macam ni.
Ni pula bahagian bawah.
Memang tidak terkata dengan keindahan hidupan dalam laut di Pulau Mabul.
Entah apa benda le namanya hidupan ini.
Memang kalau dapat pergi sure seronok. Sebelum ni pernah juga lihat kat Langkawi @Underwater World.
Tak boleh digambarkan dengan kata-kata.
Kena alami senditi baru tahu.
Pelbagai jenis hidupan dan juga warna.
Sungguh indah dan tenang.
Sekali pergi tak puas.
Lain kali boleh singgah lagi.
Itulah keistimewaan Pulau Mabul.
Oklah cukuplah untuk kali ini.

Bagi yang nak bercuti, apa kata cuba-cuba le check di Agoda untuk mendapat sedikit idea mengenai tempat penginapan yang menarik dan berpatutan.  

4 comments:

mama tisya said...

mmg cantik pulau mabul..pernah pergi tp bkn snorkeling..ada pegang gk tapak sulaiman...byk2 pulau yg saya dh pernh pegi...stakat ni sy bole ckp pulau mabul yg paling cantik

Mak lagenda said...

subahanallah..!! Mmg cantik sgt. Jernih gila air lautnya ya

hazman fadzil said...

dapat pergi ke tempat macam nie memang lupa la masalah kat ofis tu kejap....

D.Shahril Hakime said...

cantik.... Insyallah...dalam list awok ...tempat yg akan awok kunjungi nanti...