Pages

Monday, March 3, 2014

Dah Hantar Cukai Taksiran 2013 @E-Filing

Baru-baru ini saya ada tulis entry yang mana kita boleh mula menghantar cukai taksiran 2013 pada hari ini. So apa lagi, saya tak tunggu lama dan terus menghantarnya. Buat apa nak tunggu lama-lama memandangkan Penyata Saraan Daripada Penggajian (Borang EA) sudah pun diterima daripada majikan.

Setelah dikiran, ternyata lebihan bayaran yang telah saya buat melalui Potongan Cukai Bulanan (PCB). So kita tunggu dan lihat berapa lama masa yang diambil oleh LHDN untuk kembalikan lebihan tersebut. Kalau ikutkan pengalaman yang lepas, lebih kurang 2 minggu dah dapat.
By the way, sedikit kelainan mengenai pelepasan tahun 2013 iaitu pelepasan khas sebanyak RM2,000 diberi kepada mereka yang mempunyai pendapatan tahunan yang tidak melebihi RM96,000. Jumlah ini actually termasuk dengan bonus tahunan.

Ianya sedikit berbeza dari apa yang diumumkan di dalam Bajet 2014 yang mana menyatakan bahawa pekerja yang bergaji bulanan sebanyak RM8,000 dan ke bawah layak untuk mendapat pelepasan RM2,000 ini. 
 
Tapi yang bagusnya kali ini, kadar cukai telah diturunkan sebanyak satu peratus setiap kumpulan  sehingga banjaran RM50,000 sepertimana diumumkan dalam Bajet 2013. Dengan penurunan cukai ini, mereka yang bergaji melebihi RM50,000 akan dapat penjimatan cukai sebanyak RM475.

2 comments:

HeNRieTTa JoSe said...

Wah dh siap....rietta ada call center pada hr jumaat utk bertanyakan tentang pelepasan faedah pinjaman perumahan...rietta xtahu mcm mna nk kira...tpi dorg suruh pergi sndiri ke center...mmg xsempat larr, nk kna contact bahagian pinjaman plak, sebab dorg xkuarkan penyata lgsg...

Eliss Mie said...

hari ni ada terima sms remind psl ni. blom buat lagi..