Pages

Saturday, March 15, 2014

#PrayForMH370 @Mid Valley

Tadi masa pergi ke Mid Valley, ternampak le satu ruangan mengenai Pray For MH370. Kisah kehilangan MH370 mendapat liputan meluas tak kira dari Malaysia dan juga luar negara. Memang ramai yang ingin tahu apakah perkembangan kehilangan ini.

Tadi ada dengar press conference yang diketuai oleh PM. Saya tak nak ulas mengenai apa yang diperkatan. Kita berharap dan berdoa agar pesawat MH370 dapat dijumpai dan anak-anak pesawat dan juga penumpang adalah selamat.
So berbalik pada cerita Pray For MH370 di Mid Valley, my son, Danish apa lagi terus tulis kat kad ucapan tersebut dan gantung kat bahagian yang disediakan.
Inilah kad ucapan yang saya maksudkan.
Inilah apa yang ditulis oleh Danish:

"I hope MH370 will come back to Malaysia".

Memang cukup ringkas dan ramai daripada kita nak pesawat tersebut balik semula ke Malaysia. Sama-sama le kita tunggu dan jangan berputus asa untuk berdoa.

2 comments:

mamawana said...


Ya, misteri yg sangat memilukan

http://nurqasehbiz.blogspot.com/2014/03/hope-for-mh370.html

Soleh Kamarulazizi said...

Salam. Di Hotel Royal Bintang Seremban pun ada mengenai #MH370. Boleh lihat rakaman video tu di sini:
http://goo.gl/mchdR6