Pages

Saturday, March 8, 2014

Berita Terkini Kehilangan Peswat MAS MH370 Malaysia-Beijing

Rasanya ramai yang dah tahu mengenai kehilangan pesawat MAS MH370 (Boeing 777) yang berlepas dari Malaysia ke Beijing pada pukul 12.41 pagi waktu Malaysia. Pesawat MH370 sepatutnya sampai di Beijing pada pukul 6.30 pagi tapi sehingga sekarang ianya masih tidak dapat dipastikan dimanakah peswat MH370 tersebut.

Ianya terputus hubungan pada pukul 2.30 pagi. Dalam peswat tersebut seramai 239 orang termasuk 12 anak kapal. Mengikut MAS, penumpang-penumpang adalah termasuk yang berasal dari China dan Taiwan (154), Malaysia (38), Indonesia (7) dan India (5).

Untuk perkembangan lanjut boleh lihat di website Astro Awani.

Semoga waris-waris dan sesiapa sahaja bersabar dan tunggu pengumuman rasmi oleh pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini memandangkan dalam internet ni macam-macam cerita ada yang mana sukar untuk menentukan kesahihan.

Apa-apa pun kita harapkan yang terbaik untuk semua.
Mengikut BBC, sedikit fakta mengenai Boeing 777:
  • Dilancarkan pada bulan Jun 1995
  • Salah satu daripada kapal terbang yang popular bagi penerbangan jarak jauh
  • Selalu digunakan untuk penerbangan tanpa henti sehingga 16 jam atau lebih.
Boeing dalam websitenya ada menyatakan rasa simpati kepada ahli keluarga dan akan memberi bantuan kepada pegawai penyiasat dari segi teknikal kapal terbang.

3 comments:

nur said...

amin.. semoga yang terbaik buat mereka.

amirah said...

semoga semuanya selamat...pray4MH370

Unknown said...

Didoakan yang terbaik buat semua yang ada dalam MH370 tu..