Pages

Saturday, April 5, 2014

Kertas Soalan Peperiksaan Sebenar UPSR Tahun-Tahun Lepas

Pagi tadi kami pergi ke kedai buku di Shah Alam, Syarikat Muda Osman di No. 27, Jalan Plumbum R7/R, Pusat Komersial Seksyen 7. Ianya bersebelahan dengan Secret Recipe dan juga Focus Point. Anyway nak tahu lebih lanjut boleh call 5513 0000.

Tujuan kami pi sana ialah untuk mencari kertas soalan peperiksaan sebenar Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun-tahun yang lepas. Anyway harga buku ni adalah RM6.30 (Bahasa Malaysia / Bahasa Inggeris) manakala RM7.60 (Matematik / Sains).
Ni le buku Matematik. By the way, ianya mengumpulkan soalan-soalan dari tahun 2007-2013.
Ada juga analisis mengikut topik.
Memang soalan yang sebenar.
Yang bagusnya ada skema jawapan dan jalan kerja bagi subjek Matematik.
Alang-alang beli buku ni beli le buku latihan juga. So nak tahu lebih lanjut jangan lupa singgah di Syarikat Muda Osman (SMO) di Shah Alam untuk mencari soalan-soalan UPSR tahun lepas.