Pages

Friday, April 18, 2014

Jangan Lupa Masuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) untuk Claim Tax

Musim cukai sudah hampir pergi @30 April 2014 nanti. Tapi bagi mereka yang belum masuk SSPN-i patut masuk le bagi mengurangkan cukai pada tahun yang akan datang.

Setahun kita boleh dapat pelepasan cukai sebanyak RM6,000 bagi caruman bersih dalam SSPN-i. So carumlah untuk anak-anak. So just imagine kalau seseorang tu tergolong dalam pembayar cukai dalam kategori kadar 26%, so setiap ringgit kita carum dapatlah jimat cukai sebanyak 26%, so kalau simpan RM5,000 dapatlah pengurangan cukai sebanyak RM1,300.

Di samping itu, kadar dividen yang diberi adalah kompetitif, i.e. 4.25% pada tahun 2012. So maknanya maksimum dividen adalah lebih 30% jika kita campur penjimatan cukai pendapatan sehingga 26%.

Satu lagi yang bagus SSPN-i ni, kita boleh buat transaksi melalui internet dan boleh check penyata dalam internet juga. Mudah kan?

Macam saya dulu buka akaun di Maybank.

3 comments:

eelobor said...

jom mari kita membayar cukai....

Faizal Anuar said...

kalau anak umur nak masuk 1tahun boleh ?

Sharinginfoz said...

Eelobor: bayar jgn tak byr

Faizal: seawal 1 hari