Pages

Thursday, August 29, 2013

Sekarang Waktu Sesuai Jual Unit Trust?

Setelah lebih kurang 2 tahun setengah saya masuk unit trust Public Mutual menggunakan pengeluaran daripada KWSP, saya mengambil keputusan untuk menjual kembali semua unit trust dan masuk balik dalam akaun KWSP.

Jumlah yang saya laburkan sebanyak RM10,000 sekarang ni bernilai RM11,586.18. Tapi tak sure le berapa nilai sebenar kerana yang ni adalah sehingga 27 Ogos 2013. Let say le, ianya lebih kurang nilai ni so kenaikan daripada pelaburan ini adalah sebanyak 15.6% or 6.04% setahun. OKlah walaupun sebelum ni pernah capai kenaikan 20%. 
Sebab apa saya mengambil keputusan ini walaupun sebelum ini saya expect untuk melabur paling minima 5 tahun? Ini kerana saya berpandangan waktu ini keadaan sangat tidak menentu terutamanya keadaan kat Syria dan juga masalah ekonomi Amerika Syarikat.
For the past one month, kalau kita tengok terdapat penuranan yang ketara dalam KLCI iaitu daripada 1,785 (5 Ogos 2013) mata kepada 1,686 (28 Ogos). Ianya penurunan lebih kurang 100 mata or 5.5%. Saya jangkakan dalam masa beberapa minggu akan datang keadaannya maybe lebih teruk lagi. 
Hari ini juga pasaran saham Asia juga mengalami penurunan i.e. di Jepun lebih daripada 1.5% dan Hong Kong mengalami nasib yang sama.

Adakah waktu sekarang adalah waktu terbaik untuk beli emas? Anyway dua minggu lepas saya telah membeli emas dan sekarang ni dah balik modal. By the way, hari ini terdapat kenaikan 1.3% bagi harga emas KFH.

7 comments:

Unknown said...

tak tgk kepada tabung dana lain? mungkin tak perlu jual tapi bertukar/switch kepada tabung dana lain. dengan cara ini tak dikenakan penalti untuk early redemption.

sekadr pendapat... mungkin ada kawan2 yang ada pendapat yang lebih bernas... boleh kita bincangkan lebih lanjut... sharing2 pendapat untuk pengetahuan bersama

~aSHa~ said...

mmg kena study betul2 ni

Myvitrd said...

aduh yeke bro..aku pulak baru je seminggu potong lagi duit kwsp aku.. risau juga dengar ni.. dekat tanah arab nak perang dah ni.. org semua pakat2 keluarkan duit kot...

Anonymous said...

Sekarang kalau tak silap aku, kalau invest guna epf kita tak boleh keluarkan kecuali, ambil pakej pencen, kecacatan atau sakit, Umur dah cukup haul.

better reserve yg mana untung, dan switch ke dana lain. Long term bro, biar jadi compounding interest.

Kris said...

I already sold out my unit trust for some time already :D

Iza said...

Assalam..
Sekarang ni nak beli atau order barang dari luar negara pun kena stop dulu...ringgit makin susut nilai..

Khairunnisa' said...

Okayyyy, saya rasa sangat tak pandai when it comes to this. Apa ni? Apa ni?...

Nisa'