Pages

Friday, August 2, 2013

Sedap Juga Minum Vitamin C Soluble Flavettes CCM

Semalam pi kat farmasi kat area Masjid India untuk cari vitamin C soluble. Actually ada beberapa jenama kat sini so pilih punya pilih ambil le yang jenama CCM, Flavettes Vitamin C Effervescent. Effervescent tu kiranya apabila kita masukkan dalam air ianya akan "mendidih" or mengeluarkan buih yang bergas. Macam air karbonat le. Begitulah secara mudahnya.

Harga untuk satu kotak tu adalah RM36.50, bila dah bayar baru perasan yang mana ianya ada diskaun 20% so tak sampai RM30 le. By the way, tengok dalam CCM website harganya adalah RM33.
Dalam kotak tu ada tiga tiub yang mana dalam satu tiub to ada 10 biji. So kesemuanya adalah 30 biji. Lebih kurang RM1 satu biji le.
Begilah rupa vitamin C. By the way, flavette tu adalah vitamin C le. Benda yang sama. 
Ni le vitamin C yang saya maksudkan.
Ianya memang tak keras sebab soluble kan, ianya mudah rapuh. 
Jom kita tengok apa akan jadi apabila kita masukkan dalam gelas then campur dengan air.
Kejap aja ianya dah larut even kita guna air masak aja. Senang kan. By the way, kalau untuk dewasa boleh ambil sebiji sehari manakala kanak-kanak separuh cukup le. 
Tengok le ianya masih berbuih menunggu semuanya larut. Memang sedap juga macam jus oren aja, tapi test sendiri le berapa banyak air nak letak sebab takut-takut kurang air kan manis sangat. Pandai-pandai le letak ya.

By the way, mengikut riesha, benda alah ni adalah vitamin kecantikan. Tak kisah le untuk cantik ke tak, ianya sebagai supplement yang mana membantu badan kita bertambah sihat. Ada juga yang cakap vitamin C ni untuk menjadikan kulit putih, macam-macam le. Nak tahu apa kelebihan vitamin C? Jom kita terjah. Ada orang cakap vitamin C ni bagus untuk orang yang demam ke, selsema ke or batuk-batuk.

5 comments:

eelobor said...

baru terpikir2 nak beli vitamin c untuk anak laki.... dah kurus sgt dia sbb kurang selera makan. aktif sgt asyik duk main jer 25jam sehari

adda syuhada said...

salam ramadhan...
nampak cm elok jer...bleh cuba ni..

Rasp said...

setakat ni dok bagi makan pil vit C yg champs tu...
leh ler try yg ni lak...
yg ni bagusnya dewasa and kawan2 leh makan kan...

Farra Da Smiley said...

salu beli vitamin c utk anak2 je..makpak tade pon..ok rase nak beli yg ni la utk makpak eheh

Juli said...

assalam..mcm ok je kann