Pages

Wednesday, August 14, 2013

Jom Daftar Haji Melalui ATM Bank Islam

Sekarang ni nak daftar bagi menunaikan haji cukup senang. Just pergi mana-mana cawangan Bank Islam dan transaksi tersebut boleh dibuat melalui ATM. By the way, kenalah link dulu akaun Tabung Haji dengan kad ATM Bank Islam.

Untuk mendaftar, minima RM1,300 baki dalam akaun Tabung Haji diperlukan dan jumlah RM1,300 akan dibekukan bagi tujuan pendaftaran. Selain itu, Akaun Tabung Haji mestilah aktif dan tak pernah mengerjakan haji atau pernah mengerjakan haji lebih dari 5 tahun yang lepas.
So bila dah daftar mengerjakan haji melalui ATM, dapat le pengesahan yang mana tahun 2063 diberi, iaitu 50 tahun yang akan datang. Alamak masa tu umur dah berapa le. Anyway, jangan risau, kalau dah ready let say, dalam masa 5 tahun akan datang ke, bolehlah buat rayuan, manalah tahu kot-kot ada rezeki.

Mudahkan nak daftar pergi haji sekarang ni.

3 comments:

eelobor said...

Seiring dengan perkembangan teknologi yang dimanfaatkan untuk kemudahan bersama, Alhamdulillah bilamana sesuatu urusan itu dapat dipermudahkan

HeNRieTTa JoSe said...

Eeehhh canggihnye...rietta link ngn atm bank laen, xsure bkeh daftar ke tak...sekdar transfer ngn withdraw jerr yg rietta perasan...nnti nk check blk...thanks for the info yea...

Myvitrd said...

wah baru tahu ni.. dah canggih sekarang ni.. aku dah register tahun lepas guna dana KWSP akaun 1..