Pages

Tuesday, March 26, 2013

Badan Berkanun yang Diasingkan Saraan (BBDS) Dapat Pencen

Mengikut berita daripada BERNAMA, tujuh (7) badan berkanun diletakkan di bawah Badan Berkanun yang Diasingkan Saraan (BBDS) iaitu:
  1. Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)
  2. Bank Simpanan Nasional (BSN)
  3. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  4. Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)
  5. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  6. Tabung Haji
  7. Perbadanan Hal Ehwal Bekas Tentera (Perhebat)
Yang istimewanya BBDS ini akan menikmati:
  • Pencen
  • Pemberian imbuhan tetap perumahan
  • Pemberian bayaran sagu hati tamat perkhidmatan 
  • Penyelarasan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) majikan mengikut tempoh perkhidmatan
Pelaksanaan Dana Pencen ini ialah melalui jumlah potongan caruman KWSP dibahagi kepada dua  iaitu:
  • Separuh dimasukkan ke dalam caruman KWSP
  • Separuh lagi dicarum kepada Dana Pencen 
So bila bersara nanti akan dapat keluarkan caruman KWSP dan dapat juga pencen.

5 comments:

Myvitrd said...

baguslah dapat dua2

Izzat Eshak said...

banyak kelebihan =)

✿INA AINAA✿ said...

Alhamdulillah, rezeki org Malaysia...

cimon said...

Mana Bank Negara?

Sigh (@_@)

amirah said...

syukurla pada orang2 yg berkerja di bawah bbds ni.