Pages

Friday, March 29, 2013

Apa Itu Kidzania?

Cuti-cuti sekolah ni bawa anak-anak ke Kidzania OK jugakan? Apa itu Kidzania? Anyway ianya adalah lebih kurang "taman tema" untuk kanak-kanak yang boleh mengajar anak-anak mengenai pekerjaan. So anak-anak boleh jadi doktor, peguam, pilot, penghantar surat, bomba dan macam-macam lagi.

Ianya terletak di Curve NX, No. 18, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor. Memang berdekatan dengan IKEA. Kalau tak cukup parking kat Kidzania, boleh parking kat IKEA then jalan kaki aja, seberang jalan aja.
Masuk aja dalam bangunan Kidzania tu bolehlah terus beratur untuk beli tiket. Macam kaunter Airasia le pula. Kebetulan masa pergi tu tak ramai orang so baguslah.
Ni kadar bayaran dan juga waktu ianya beroperasi. Kalau cuti sekolah dan hari Sabtu memang ada dua sesi, iaitu 10 pagi-3 petang dan satu lagi 4 petang-9 malam. Kalau hari biasa 10 pagi-5 petang so ianya lebih 2 jam le.

Mengenai kadar masuk pula, kanak-kanak Malaysia adalah RM60 manakala dewasa Malaysia RM35. So untuk kami sekeluarga, bayaran masuk adalah RM190. Sekali-sekala OK le kan?
Lepas bayar dapatlah tiket. Kalau datang awal, lepas beli tiket tu, bolehlah lepak-lepak or makan kat MCD kat sebelah bangunan tu.
Anyway 30 minit dari masa dibuka, bolehlah beratur untuk persediaan masuk TAPI saya nasihatkan beratur awal sikit pun tak apa sebab takut ramai sangat. Memula masa beratur tu, tunjuk tiket masuk then diaorang akan pakaikan benda alah tag ni.
Yang datang ngan parents or penjaga pakai tag warna merah, tapi kalau nak suruh anak sahaja masuk then mak bapa tunggu kat luar tag biru akan dipakaikan. Yang satu tag colour hijau tak tahu pula saya apa benda.
Anyway 30 minit sebelum waktu operasi, diaorang akan bagi cek kepada anak-anak.
Ni le rupa cek. Setiap kanak-kanak akan dapat 50 kidzos. Cek ni boleh ditukar kepada wang kidzos yang mana boleh digunakan untuk membeli perkhidmatan ataupun barangan yang dijual kat sana. Sesetengah perkhidmatan kita kena bayar tapi kebanyakkan kita dibayar. Maknanya kalau kita kerja dapatlah gaji. Nanti saya akan citer dalam entri akan datang.
Selepas dapat cek kita kena naik atas untuk ke kaunter Imigresen, tingkat 5. So naiklah eskalator ya. Diaorang akan check le takut-takut ada yang bawa makanan ke.
So lepas selesai semua, boleh pi bank ya untuk cash out cek tu so dapatlah kidzos. Saya nasihatkan, tak perlu cash out terus cek masa masuk tu sebab ramai sangat orang so pi kerja dulu dapatkan duit. Then bila dah kurang orang kat bank bolehlah tunaikan cek. Satu lagi kalau nak buka akaun, make sure ada at least 50 kidzos then kalau tak silap untuk buka akaun dan dapatkan ATM, boleh dibuat selepas 2 jam sesi dibuka. Maknanya kalau masuk kul 4 petang, kul 6 petang baru boleh buka akaun ya.

Nanti saya akan ceritakan keadaan dalam Kidzania ni dan jenis-jenis pekerjaan yang boleh kita alami di Kidzania. Tunggu.

Update: Suka betul anak-anak kat Kidzania

6 comments:

Rasp said...

best nie....
tapi nak tunggu sapphire besar skit...
dah paham skit baru rasa berbaloi pegi...

HeNRieTTa JoSe said...

bestnye....tapi kna tunggu ada anak besar la bru best....

✿INA AINAA✿ said...

wahhh bestnyaaa.. popular juga tempat ni, teringin nak pergi... huaaaaa

Mak lagenda said...

anak2 mak dah gi kat sini. And, mmg mereka suka sgt2..celik mata dorang dgn dunia pekerjaan sebnar dan bagus jugak utk mencambahkan minat derang dlm 1-1 kerjaya

In sha allah, bln mei nnt anak nak gi lagi. :)

Bo the Nerd said...

Bagus tempat ni sebab bagi pendedahan pada anak2 apa yang derang boleh buat or kerja in the future.

HaiDa HiDa said...

pernah tengok kat Nasi Lemak Kopi O.. mcam menarik je ble tgk budak2 membuat pilihan kerjaya mereka..