Pages

Friday, August 31, 2012

Jangan Lupa Aiskrim Baskin Robbins Diskaun 31% 29-31 Ogos 2012

Hari ni 31 Ogos 2012. Di samping kita menyambut Hari Merdeka, bagi peminat aiskrim Baskin Robbins, hari ni boleh beli dengan diskaun 31% bagi produk terpilih. Boleh check kat facebook untuk mengetahui maklumat lanjut.

Sedikit maklumat mengenai harga:
  • Pint: RM 25.50+ (before discount) 
  • Quart: RM 46.00+ (before discount) 
  • Half Gallon: RM 88.00+ (before discount) 
Sebelum ni kitaorang biasa beli 2 pint. Kalau harga biasa adalah RM51+ so after diskaun adalah RM35.20+.

Anyway, aiskrim Baskin Robbins ni ada tanda halal from The Islamic Food And Nutrition Council of America.

Jom Jalan-Jalan Berhari Raya

Sebelum tu nak ucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua. Anyway rasanya hari ni dan juga hujung minggu sure ramai dah plan untuk berhari raya. Maklumlah sebelum ini kita raya kat kampung halaman tapi minggu ini berhari raya di tempat kita tinggal pula.

Selamat berhari raya di samping mengeratkan hubungan sesama kita. Raya-raya juga ya, ingat jaga pemakanan kita dan bagi yang memandu, berhati-hati di sepanjang perjalanan.

Wednesday, August 29, 2012

Biskut Raya Apa yang Sedap

Mula-mula raya mesti tak berselera makan biskut raya kan? nTapi sekarang ni mesti nak sangat makan. Jom kita tengok biskut raya apa yang paling sedap.
Yang ni wifey suka sangat. Apa lagi kalau tak biskut almond crisp. Anyway biskut ke ni? 
Yang ni anak pompuan, Afiqah suka betul. Dah beberapa kali berhari raya, mesti cari cheese daisy. Memang cukup lembut biskut ni.
Danish pula suka biskut chocolate cookies. Memang ranggup dan rasa coklat yang sedap.
Tart cheese pun sedap juga.
Anybody suka dengan biskut beluncas hijau? He he he, belasah ajalah nama biskut ni.
White chocolate ni sedap dan ditambah pula dengan badam kat atas tu.
Biskut yang disukai ramai @almond london. Macam mana le nama biskut ni didapati. Boleh tak tukar kepada almond selayang ke?

Monday, August 27, 2012

Jadual Liga Perdana Inggeris 2012/2013

Liga Perdana Inggeris bagi musim 2012/2013 baru sahaja bermula pada 18 Ogos 2012. Rasanya tak terlambat bagi saya untuk berkongsi jadual perlawanan bola sepak yang digemari ramai.
Anyway jadual perlawanan Liga Perdana Inggeris 2012/2013 ni saya ambil from majalah Analisis Wisel.

Sunday, August 26, 2012

Hari Raya Makan Burger Kaw Kaw

Semalam singgah kat Burger Kaw Kaw di Wangsa Maju. So apa lagi kalau tak nak merasa Burger Kaw Kaw. Ini kali ke-3 terjah kat sini.
Sampai je lebih kurang kul 8.15 malam, dapat nombor 89. Tanya diaorang then masa tu dah nombor 86. So tak lama le menunggu.
Since anak-anak tak nak makan burger beli le untuk sharinginfoz dan wifey. Ni wife punya, burger ayam biasa yang set. Kalau set kena tambah RM2.50 dapat 2 sosej dan satu air.
Ni le rupanya sosej. 
Air ni boleh pilih, so kitaorang ambil air mixed fruits. Anyway burger biasa RM7.50 so tambah air RM10 le.
Since terasa nak makan burger daging so ambil le benda alah ni, tambah cheese dan daging yang jenis slice. Satu burger daging ni ialah RM10.50. Semua sekali RM20.50, bagi RM25 then sebab diaorang cakap tak ada tukar so bayar RM20 aja, kira halal le.

So masa yang diambil from order sampai dapat burger, tak sampai 15 minit. Memang cepat. Kalau yang teringin nak makan burger bakar tu apa kata malam ni pi le terjah, kejap aja.

Durian Musang King di Bentong Terbaik

Sebelum ni pernah rasa durian musang king kat Taman Melawati, memang sedap. Tapi bila cuba kat tepi highway, Raub-Bentong, ianya lagi sedap.
Di tepi jalan, banyak gerai yang jual durian musang king, lebih daripada 20 gerai.
So singgah le kat gerai yang bernombor 7855. Betul kot nombor gerai tu or just main letak nombor aja.
Anyway mula-mula dia cakap satu kilo RM18 so cakap le kat tokey tu, sebelum ni ada tempat jual RM17 aja. So dia bagi le RM16 per kg.
Isinya memang just nice dan sangat lemak. Makan satu ulas pun terasa keenakannya. Anyway yang kitaorang ambil tu 1.9 kilo, so RM30.
Bila makan seulas memang nak lagi dan lagi. Memang masih terasa kesedapannya.
Sukar digambarkan tapi yang nyata inilah durian yang paling sedap pernah saya rasa seumur hidup. Rasa nak pi lagi le ke Bentong cari durian ni. Rugi pula sebab beli sebiji aja. Anyway kitaorang makan kat situ hari tu.
Biji durian musang king ni memang kecil dan macam kecut tak sama dengan durian lain yang mana ianya besar. Anyway cari kat KL pun tak sama rasanya dan of course harganya memang lebih mahal. Maybe next time bila lalu Bentong bolehlah singgah cari durian musang king.

Saturday, August 25, 2012

Berapa Dapat Duit Raya 2012?

Hari ini dah masuk hari raya yang ke-7. Rasanya ramai dah pulang semula dari kampung. Anyway banyak ke anak-anak dapat duit raya? Tahun ini, Danish dan Afiqah dapat duit raya lebih kurang RM750 untuk dua orang. So kitaorang bagi duit raya RM60 seorang. Danish dan Afiqah berjaya puasa penuh.

Kalau dapat duit raya mesti kena simpan kan? So dah cakap kat anak-anak, simpan RM300 seorang, so yang lebih tu bolehlah mereka simpan sendiri, untuk beli apa-apa yang perlu. Since, Afiqah banyak sikit jalan-jalan so dapatlah lebih. Ada le RM100 dan Danish pula dapat RM50.

Friday, August 24, 2012

Misteri Kereta ditarik Terbongkar

Masih ingat lagi tak dengan entri semalam mengenai kereta ditarik? Actually ianya disebabkan kereta mati secara tiba-tiba semasa cari parking kat HUSM.
So call le AAM. Ingatkan bateri dah habis tapi takkan bateri dah kong sebab engine masih hidup.
Check punya check tak dapat settle so AAM tolong call towing truck untuk bawa ke bengkel di Lundang. Ianya terletak lebih kurang 7 km from HUSM.Caj yang dikenakan adalah RM60. Nanti boleh claim ngan AAM. Biasanya AAM akan guna trak mereka tetapi yang kat Kelantan rosak, sebab tu kena guna yang luar.
Sampai kat Baihaki Auto ianya waktu rehat dan banyak kereta tengah service.

 Mula-mula diaorang buat scanning.
Rupa-rupanya disebabkan oleh masalah sensor angle crank.
 Beginilah rupanya.
Semuanya RM200 termasuk dengan labour cost @RM75. Nasib baik siap.

Thursday, August 23, 2012

Kereta Kena Tarik di Pagi Raya

Mood raya masih ada lagi tapi raya ke-4 ada sedikit cobaan. Kereta kena tarik, masa tu kat area Hospital USM. Nasib baik ngan ayah aja. So datanglah abang tolong ambil. Semalam juga ada akad nikah adik lelaki.
Nak tahu cerita selanjutnya, tunggu entri yang akan datang ya. Memang tak bernasib baik kan?

UPDATE: MISTERI KERETA DITARIK TERBONGKAR

Wednesday, August 22, 2012

Duit Lama Nilai Masih Ada

Sebelum bercerita mengenai nilai duit, just nak inform gambar ni saya ambil from Skuad Bola Sepak Malaysia.

Anyway, sekarang ni kan dah keluar wang kertas baharu, so sure kanak-kanak teruja dapat duit baharu. Tapi yang lama jangan dipinggirkan sebab nilainya masih sama. Kalau harga nasi lemak RM1, bayar guna duit lama pun orang masih terima. Tapi kalau yang lama sangat macam kat gambar nombor 1 tu maybe orang tak nak kot or ada orang nak kot sebab boleh gunakan untuk collection.

Tuesday, August 21, 2012

Dapat Duit Raya, Simpan Ya



Hari ini dah masuk hari raya yang ke-3, kanak-kanak mesti seronok apabila dapat duit raya. Mesti banyak kumpul duit raya ya. Sebagai ibu-bapa, pastikan duit raya tu tidak digunakan untuk tujuan yang tidak begitu berfaedah.

Apa kata simpanlah most of the collection tu dalam institusi kewangan, sebagai contoh Tabung Haji atau bank-bank. Tapi tak galakkan sangat simpan kat bank sebab pulangannya sikit aja. Kalau simpan kat SSPN pun bagus juga. Walaupun pulangan tak banyak tapi ianya boleh digunakan untuk tujuan pengurangan cukai pendapatan. Yang penting ianya mematuhi syariah.

So apa lagi bila dah balik raya nanti, simpanlah. Anyway bagi le sikit kepada anak-anak untuk kegunaan mereka. Rasanya tak perlu le simpan semua.




Monday, August 20, 2012

Berhari Raya dengan Kek Lapis Sarawak

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Raya kan sebulan. Anyway ni gambar masa bulan puasa.
Ni le 4 kek lapis yang dibawa balik ke kampung khas from Kuala Lumpur.
Memang sedap kek lapis ni, bila dipotong kecil-kecil, memang menarik hati siapa sahaja yang tengok.Bila makan sedap le pula.
Macam-macam jenis kek lapis ada, pilihlah yang mana satu berkenan di hati.
Anyway kek lapis ni saya beli kak Prima Kek Lapis di Prima Sri Gombak.

Sunday, August 19, 2012

Keputusan Liga Perdana Inggeris 18 Ogos 2012

Sebelum saya cerita mengenai keputusan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung malam tadi, 18 Ogos 2012, yang melibatkan 14 pasukan, saya ingin mengucapkan selamat hari raya.

Anyway, permulaan Liga Perdana Inggeris menyaksikan 14 daripada 20 pasukan telah bermain dan keputusan menyaksikan:
  • Arsenal tidak memulakan langkah dengan baik, sekadar membawa balik 1 mata setelah seri tanpa jaringan lawan Sunderland. Satu lagi berita yang tidak baik bagi peminat Arsenal setelah Alex Song, seorang yang banyak memberi umpan kepada Robin Van Persie menjaringkan gol, bakal berpindah ke Barcelona. Kalau beliau berpindah maknanya, dua pemain yang bagus meninggalkan Arsenal termasuk dengan RVP yang telah berpindah ke Manchester United. Musim lepas, Fabregas, Nasri dan Clichy keluar daripada Arsenal.
  • Fulham menang besar di tempat sendiri dengan mengalahkan Norwich City dengan 5-0.
  • QPR dibelasah teruk di tempat sendiri setelah kalah 0-5 kepada Swansea City.
  • Permulaan yang tidak baik bagi Liverpool setelah tumpas secara mengejut kepada West Brom 0-3.
  • Newcastle (Kota Bharu) telah mengalahkan Tottenham dengan 2-1. Penalti pada minit ke-80 dijaringkan oleh Ben Arfa membolehkan Newcastle mengumpul 3 mata penuh dalam perlawanan sulung musim ini.
  • Kita tunggulah perlawanan yang melibatkat Man United, Man City dan Chelsea nanti.

Saturday, August 18, 2012

Hari Raya Puasa Pada 19 Ogos 2012 (Ahad)

  Update: Pengumuman Hari Raya Puasa 2012 (Raya pada 19 Ogos 2012 @Ahad)

Malam ini adalah tarikh tengok anak bulan. Mengikut perkiraan hari raya puasa tahun ini jatuh pada hari Ahad, 19 Ogos 2012. Kita nantikan pengumuman rasmi malam ini.

Memang sudah jadi kebiasaan rakyat Malaysia, pasti suka dengar pengumuman. Rasanya ramai dah sampai ke kampung untuk meraikan hari raya puasa.

Kalau raya hari Ahad (19 Ogos 2012), maknanya cuti akan disambung sehingga hari Selasa (21 Ogos 2012). So hari Rabu baru start kerja. Tapi I am sure ramai yang dah ambil cuti seminggu then Isnin baru masuk kerja.

Apa-apa pun, berhari raya secara sederhana dan yang penting kita bergembira ya. Tapi ingatlah orang-orang yang tidak bernasib baik.

Sempena Syawal yang bakal menjelma, sharinginfoz dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Esok Raya Dah Tukar Duit Baharu Ke?

Esok dijangka rakyat Malaysia meraikan Hari Raya Puasa. Sebut aja raya, mesti kanak-kanak terbayang akan duit raya kan? Anyway ni le duit raya yang ditukar, tapi bukan semuanya untuk sharinginfoz kerana ada keluarga yang minta ditukarkan.

Bagi sharinginfoz pula, ianya termasuk dengan duit anak-anak ke sekolah. Ada beberapa bulan lagi sebelum cuti panjang kan, kebetulan duit kertas untuk bekalan sekolah dah habis.

Keadaan Trafik di Karak @Balik Kampung Kelantan

I am sure ramai juga yang memulakan perjalanan untuk balik kampung hari ini. Bagi semua saya ucapkan selamat memandu dan menempuhi perjalanan. Semoga diberi kemudahan dan kesabaran di sepanjang perjalanan.

Anyway yang balik kampung ke Kelantan, boleh ikuti status dengan mengikuti twitter @Karak. Memang ramai nak tahu macam mana keadaan di sepanjang highway Karak.

Jom kita tengok beberapa tweet:
  • haah. Jam teruk gila tadi dkat karak tu. Kau ada ktmana ? 
  • Perrrggh karak jammed dr tghmalam smpai subuh ni. Luckily blk jb. Tp merasa lah nk blk kl smula kang lalu karak
  • karak jam la,aku kat temerloh dah ni :p 
  • dekat highway Kuala Lumpur-Karak :) tak jam lagi tapi kenderaan agak lah jugak .  
  • Karak masih jammed
  • jammed teruk kot. Pastu berhenti sahur lagi. Tapi ni aku rasa dah nak keluar dah dari karak
  • Lepas Petronas Karak, boleh kira je berapa kereta yang ada dkt jalan ni.
  • haha tula.. Aku tgok google map,kt karak jamm teruk. Tu yg tdo lu td.. 
 Jom tengok gambar mengenai balik kampung ke Kelantan @Karak.
Di sepanjang highway Karak.
Di dalam kedai Mesra, Petronas, Karak.

Friday, August 17, 2012

Sah Robin Van Persie Berhijrah ke Manchester United @Kontrak 4 Tahun

Mengikut berita yang diterbitkan oleh Telegraph, kapten Arsenal, Robin Van Persie yang juga penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris musim lepas telah berpindah ke Manchester United dengan yuran perpindahan sebanyak GBP22 juta (RM108 juta).

Difahamkan bahawa dengan perpindahan Robin Van Persie ke Manchester United, beliau akan menerima gaji sebanyak GBP200,000 (RM980,000) seminggu. Bolehlah tengok RVP bermain menentang Everton pada hari Isnin nanti.

Memang sebagai peminat setia Arsenal, saya terkilan dengan langkah RVP ni tapi apa nak buat, memang beliau perlu membuat pilihan demi masa depan beliau.

Juadah Berbuka Puasa yang Paling Pelik

Semalam lambat sikit balik from office sebab ada sedikit perkara yang perlu diselesaikan. Since tak ada makanan lain nak berbuka, masuk aja waktu makan le benda alah ni.
Kalau nak tahu ini ialah eclipse. So lebih kurang 15 minit berbuka ngan eclipse pi le berbuka di AEON Wangsa Maju.

Sebelum ni pernah juga berbuka dengan nasi dan kacang dhal sahaja semasa belajar.

So maybe boleh share pengalaman kawan-kawan berbuka yang paling pelik.