Pages

Sunday, August 19, 2012

Keputusan Liga Perdana Inggeris 18 Ogos 2012

Sebelum saya cerita mengenai keputusan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung malam tadi, 18 Ogos 2012, yang melibatkan 14 pasukan, saya ingin mengucapkan selamat hari raya.

Anyway, permulaan Liga Perdana Inggeris menyaksikan 14 daripada 20 pasukan telah bermain dan keputusan menyaksikan:
  • Arsenal tidak memulakan langkah dengan baik, sekadar membawa balik 1 mata setelah seri tanpa jaringan lawan Sunderland. Satu lagi berita yang tidak baik bagi peminat Arsenal setelah Alex Song, seorang yang banyak memberi umpan kepada Robin Van Persie menjaringkan gol, bakal berpindah ke Barcelona. Kalau beliau berpindah maknanya, dua pemain yang bagus meninggalkan Arsenal termasuk dengan RVP yang telah berpindah ke Manchester United. Musim lepas, Fabregas, Nasri dan Clichy keluar daripada Arsenal.
  • Fulham menang besar di tempat sendiri dengan mengalahkan Norwich City dengan 5-0.
  • QPR dibelasah teruk di tempat sendiri setelah kalah 0-5 kepada Swansea City.
  • Permulaan yang tidak baik bagi Liverpool setelah tumpas secara mengejut kepada West Brom 0-3.
  • Newcastle (Kota Bharu) telah mengalahkan Tottenham dengan 2-1. Penalti pada minit ke-80 dijaringkan oleh Ben Arfa membolehkan Newcastle mengumpul 3 mata penuh dalam perlawanan sulung musim ini.
  • Kita tunggulah perlawanan yang melibatkat Man United, Man City dan Chelsea nanti.

1 comment:

Bella Enveeus said...

Ahh geram betul apa yang berlaku antara Arsenal dengan Sunderland semalam.. Tak puas hati sungguh!