Pages

Saturday, September 18, 2010

M Rajoli Meninggal Dunia

Mengikut Harian Metro, M Rajoli meninggal dunia di Hospital Ampang pada pukul 10.55 malam Jumaat, 17 September 2010 akibat penyakit kelenjar kanser otak.

"M Rajoli, seorang pelakon dan pelawak terkenal, dimasukkan ke HKL pada 10 Oktober 2007 dan dibedah pada keesokannya apabila doktor mendapati komplikasi penyakit di otaknya. Selepas tiga minggu berada di Unit Neurologi, HKL, M Rajoli dipindahkan ke Hospital Ampang pada 1 November 2007 untuk menjalani rawatan susulan kimoterapi dan fisioterapi sebelum dimasukkan ke HKL semula untuk rawatan radioterapi kerana keadaan jantungnya yang lemah."

Semalam ada juga dengan berita M Rajoli meninggal dunia tapi belum sahih lagi tapi kali ini beliau telah meninggalkan kita semua. Semoga roh M Rajoli ditempatkan bersama-sama dengan orang beriman dan diampunkan dosa-dosa beliau dan dirahmati Allah.

Untuk maklumat lanjut dan pandangan blogger lain bolehlah lawati:
  • Betulke M Rajoli Meninggal Dunia: eyriqazz

  • M Rajoli Pelakon Meninggal Dunia - Alfatihah: cikgu dahlia

  • M Rajoli (Artis) Meninggal Dunia (Al Fatihah): kakinakl

6 comments:

shahrilhakime said...

Innalillah.....
Dari DIa kita datang...
kepada Dia kita kembali....

Moh Kome !!! Domain Pree

Relevan said...

Al Fatihah untuk beliau..

Chenta said...

Al-Fatihah ...

Lagenda said...

Alfatihah untuk arwah..makin suram dunia seni tanpa gelagatnya

abigemok said...

kita doakan dia moga dicucuri rahmat..

azzey said...

Sharinginfoz: Al-Fatihah utk aruah....

p/s; sy mmg minat dgn lakonan beliau yg selamba dan berkarektor