Pages

Friday, September 3, 2010

Diskaun Tol bagi 25 Lebuhraya sempena Raya

Rasanya bermula awal minggu depan or in fact malam ni dah ada orang balik kampung untuk berhari raya. Nak share mengenai 25 lebuhraya yang beri diskaun tol sempena raya. Keratan ini diambil from kosmo.

Lebuhraya yang memberi diskaun adalah:
  1. Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS)

  2. Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE)

  3. Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH)

  4. Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK)

  5. Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA)

  6. Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK)

  7. Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Fasa 1

  8. Lebuh Raya Metramac

  9. Lebuh Raya Baru Pantai (NPE)

  10. Lebuh Raya Sungai Besi (BESRAYA)

  11. Lebuh Raya Kajang Seremban (LEKAS)

  12. Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP)

  13. Sistem Penyuaraian Trafik KL Barat (SPRINT)

  14. Lebuh Raya SMART

  15. Lebuh Raya Shah Alam (KESAS)

  16. Lebuh Raya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH)

  17. Lebuh Raya Shah Alam Klang (GUTHRIE)

  18. Lebuh Raya Kemuning Shah Alam (LKSA)

  19. Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (DUKE)

  20. Lebuh Raya Cheras Kajang (GRAND SAGA)

  21. Lebuh Raya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK)

  22. Lebuh Raya Pintas Selat Kelang Utara Baru (NNKSB)

  23. Lebuh Raya KL-Putrajaya (KLP)

  24. Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE)

  25. Lebuh Raya Senai-Desaru (SDE)
Untuk mengetahui tarikh, masa dan jumlah diskaun boleh besarkan gambar kat atas ya. Pandu dengan hati-hati maklumlah ramai yang tak sabar nak balik bercuti ni.

13 comments:

eelobor said...

nampaknya ke pantai timur free jer

Hazzy Ishak said...

tak merasa lah...
huhu

arekymz said...

assalam.
even beraye just kat kl pon kne gak lalu tol kan..
kalo laaa tol sume free..
hehehe..

Anonymous said...

selamat balik kg :)

AngahSayang2314 said...

ya la... sekarang nie kerajaan bagi kemudahan pengguna kan???

thanks for info

Suliana said...

macam tak ikhlas je bagi toll diskaun, time org tak de tu yg dia diskom. huhu

ardinihumaira said...

;p jimat sket kan

Kaseh NazLieza said...

bgus...satu usaha yg baik utk mbantu rakyat...

sahromnasrudin said...

salam..kan best kalau plaza tol itu sendiri yg takde huhuhuhuh

azzey said...

Sharinginfoz: x sabor nk blk kpg.....klu x de diskaun pon x sabor juga nak blk!!! hu3...

Hanisham Ab Halim said...

Pantai timur free.. alhamdulillah...

Relevan said...

LPT pun ada free..boleh balik kampung..Kuantan..hehe!

noorafzan.blogspot.com said...

kalu free lagiii baguss!