Pages

Saturday, May 2, 2015

Nasi Kak Wook Warisan Kelantan di Wangsa Maju

Sebelum ni ada makan nasi berlauk Kak Wok di TTDI Shah Alam. Kini nasi berlauk jenis Kak Wok ni memang dah ada di mana-mana. Terbaru ianya di Wangsa Maju, di area berdekatan dengan AEON Big dan di belakang Burger King.

By the way, yang kat Wangsa Maju ni bukannya cawangan yang kat TTDi cuma masakannya sama dengan Kak Wok iaitu nasi dengan ayam goreng kecil-kecil ditambah dengan gulai ayam dan ada sambal itulah ciri-ciri nasi Kak Wok.

Boleh check juga pengalaman blogger eelobor dan mamatisya yang terjah kat Nasi Kak Wook Selera Wangsa Maju.
Memang diaorang ni asyik membungkus nasi Kak Wok. Saya dapat tahu pun melalui instagram eelobor then tak sampai 1 jam saya terus terjah kat situ, walhah dah makan so bungkus ajalah untuk bawa ke rumah.
Susun atur meja dan kerusi kat sini kemas. Nanti ada masa boleh terjah makan kat sini pula.
Memang sempoi nasi ni tapi yang penting kena dengan selera saya dan harganya pun berpatutan RM4.50 untuk satu bungkus.

2 comments:

AJ said...

wah, ble terjah ni..

mama tisya said...

Sdap tp nasi mcm skit je..Kalo lpr,mmg kena order extra.. Nanti nk try yg kt shah alam plak