Ni le nasi Kak Wok yang ketiga saya terjah. Selain ini pernah makan kat TTDI Shah Alam dan juga Wangsa Maju. Kali ini kat area Platinum Danau Kota yang mana tak jauh dari KL Festival. Nasi Kak Wok ni dibuka dari pukul 9.30 pagi hingga 4.00 petang.
Memang tak susah nak cari, tengok aja jambatan tu, tak jauh le tempatnya.
Nasi Kak Wok kat Danau Kota ni dijual mahal sedikit pada harga RM5.50 berbanding dengan tempat lain RM4.50. By the way, kalau ambil dengan teh tarik or teh o ais harganya cuma tambah 50 sen lagi so RM6.00 oklah untuk breakfast kan.
Roti bakar pun ada dijual di sini dan telur separuh masak.
Tengok ayam goreng kecil-kecil ni memang terliur dibuatnya.
So apa yang sedap nasi Kak Wok ni adalah gulai karinya yang pekat dan pedas juga ditambah dengan sambal lada memang perfect. Daging ayam yang garing memang saya suka.
Ditambah pula dengan teh o ais memang perfect sarapan pagi kat sini.
Memang betul dieyana cakap yang pulut pagi ni memang sedap. Bagi saya yang sedap pulut pagi di sini adalah kelapa muda parut yang mana dicampur dengan garam. Memang itulah rahsia kesedapan pulut di samping pulutnya yang boleh dikatakan lembut juga.
2 comments:
Wah dh byk tmpt try..mhl kt cni.. Nk kuah asing tu charge rm1
belum cuba lagi kat sini....biasa kawe makan di kedai hujung tu... Hayaki
Post a Comment