Pages

Saturday, May 9, 2015

Nasi Kak Wok di Sri Gombak

Hari ni nak cerita pasal nasi Kak Wok di Sri Gombak pula. Sebelum ni di TTDI Shah Alam, Platinum Danau Kota dan juga Wangsa Maju. By the way, yang kat Sri Gombak di beralamat di No. 17, Jalan SG1/10, Taman Sri Gombak. Boleh call 0199493007 - Kak Nora untuk maklumat lanjut.  
Ni dia nasi Kak Wok Sri Gombak. Macam biasa, ianya ada nasi, gulai, ayam goreng potong kecil-kecil dan sambal. Gulai kat sini bagi saya biasa aja dan ayamnya boleh tahan. Yang bagusnya saya suka sambalnya yang pedas.
Kami juga order nasi kerabu ayam goreng. Budunya memang menyerlah cuma tak ada pula tumis. Itu aja kurangnya nasi kerabu ni. 
Kat sini coconut float memang sedap. Tak sah kalau datang sini tak cuba benda alah kelapa ni. Semua sekali, dua bungkus nasi kak wok, nasi kerabu satu bungkus, dua coconut float dan air suam cuma RM21. Memang harga berpatutan.

Boleh juga baca review from blog sepahturangers.

2 comments:

mama tisya said...

wah dh byk lokasi mencuba nasi kak wok..ada gk tgk aritu ada kt ampang...coconut shake tu sdap juga...bole la minum kalo rindu coconut shake kleng..nasi kakwok kt sini pedas skit sambalnye tp sy suka yg wangsa maju..

eelobor said...

banyak2 tempat yang saya cuba...kat wangsa maju lebih sket