Pages

Saturday, May 16, 2015

Akhirnya Dapat Makan Gorpis di Smoko Coffee Platinum Walk Danau Kota

Semalam pi supper kat Smoko Coffee yang bertempat di Platinum Walk Danau Kota. Kalau nak cari tak susah, ianya berhadapan dengan Flaming Steamboat. Ia dibuka setiap hari dari pukul 3 petang hingga 11.30 malam kecuali hari Isnin. Anyway, kat sini apa yang menarik ialah pisang goreng cheese atau dikenali sebagai gorpis. Make sure sebelum pi call le dulu takut pisang tu dah habis. Boleh check 03-4144 3500. 
Anak dara sabar menunggu sementara gorpis ni sampai. 
Actually ianya coffee shop.
Ni air teh o limau, oren dan peach. Satu gelas RM5 so harganya berpatutan le.
Actually mula-mula kitaorang order pisang cheese coklat dan strawberry tapi yang strawberry tu dah habis so kitaorang tukar dengan blueberry, memang sedap sangat blueberry ni. Memang pilihan yang tepat. Harganya RM8 untuk 8 keping.
Memang pisang garing dan ranggup itu yang membezakan gorpis dengan pisang cheese yang lain. Lepas tu pula cheese yang banyak so diaorang tak kedekut.
Inilah rupa blueberry pisang cheese, memang terasa nak makan lagi. So far ini le pisang cheese yang terbaik pernah saya rasa. By the way, di samping kat Platinum Walk, gorpis juga ada kat Damansara dan juga XOXO Bangsar. Yang Damansara tu dekat dengan area Tune Hotel. Yang tu ada yang beratur sampai berjam-jam semata-mata nak dapatkan gorpis.
Ini yang coklat. Not bad dengan taburan coklat yang menutupi pisang tu tapi saya lebih prefer blueberry especially dengan baunya yang harum.
Lain kali boleh cubaa perasa lain pula.
Ni le jenis gorpis yang ada kat setapak. Yang El Plato tu ada 10 keping pisang yang mana macam-macam perasa ada. Tengok tu mana ada blueberry, ianya dikhaskan dalam El Plato yang berharga RM13. Maybe disebabkan strawberry habis so diaorang offer blueberry atau oreo then tak silap kitaorang pilih blueberry. Boleh check insta thegorpis.

2 comments:

eelobor said...

nati kawe nok gi raso pulok....

mama tisya said...

Mmg tau yg gorpis ni kt dsara beratur pjgggggg, ni dh ada yg dkt bole la try nanti