Pages

Saturday, March 28, 2015

Nasi Beriani di Rom Briyani House, Wangsa Melawati

Tadi pi cari nasi beriani kat area Wangsa Melawati. Nama kedai ni adalah Rom Briyani House.
Ianya terletak di 17G, Dataran Wangsa 1, Wangsa Melawati. Boleh call 03-4131 9250 atau 016-7335546 untuk maklumat lanjut. By the way, dalam lingkungan 5km (rumah) or 15km (pejabat), ianya ada buat penghantaran.
Untuk nasi beriani ayam, harganya adalah RM12 termasuk air sirap atau teh o ais.
Dari segi susunan dan kebersihan, Restoran Rom Briyani House ni boleh dikatakan bagus.
Anyway saya beli tiga nasi beriani, satu setiap jenis, iaitu ayam beriani, ayam merah dan juga ayam masala. Kiranya bungkus le. Memang nasi ni ada sekali telur rebus. 
Ni le ayam masak merah.
Ni beriani.
Ni pula masala.
Di samping tu saya juga beli puding sagu yang berharga RM2.50.
Terlupa pula ngan papdom, acar dan kuah. Secara keseluruhan nasi ni saya bagi 6.6 out of 10 sebabnya nasi tu bagi saya sedikit kering dan tak rasa sangat rempahnya, tapi of course apabila diambil kira dengan harga RM12 untuk satu set dan kebersihan dan susun atur kedai ni saya bagi 7.1 out of 10. Maybe rating yang saya bagi tak begitu tepat so apa kata anda cuba sendiri nasi beriani kat sini.

Wednesday, March 25, 2015

Teknik Kotak Misteri Kembali Lagi

Tadi ada baca entri dalam blog myvitrd mengenai belajar menabung bermula daripada RM2. Teringat pula mengenai teknik kotak misteri yang saya mula buat dulu. Pada tahun ni, 2015 saya menyimpan kembali dalam kotak misteri. So far dalam masa 12 minggu ianya sudah ada RM300.

Cara saya simpan senang sahaja, pada setiap minggu, kebiasaannya pada hari Jumaat saya akan simpan dalam kotak misteri ni lebih kurang RM20 seminggu. So kalau ada lebih letak le banyak sikit then kalau tak letak aja RM10. Saya akan letak duit tu dalam lingkungan RM10-RM50 seminggu.

Tengoklah nanti apa akan jadi pada kotak misteri ini sehingga hujung tahun 2015. Dulu saya berjaya simpan sebanyak lebih kurang RM1,500 menggunakan teknik kotak misteri ni dalam masa setahun lebih.

Monday, March 23, 2015

Bank Rakyat Umum Dividen 15% Bagi Tahun 2014

Mengikut Utusan, Bank Rakyat telah umumkan dividen sebanyak 15% bagi tahun kewangan 2014. So apa lagi check le akaun masing-masing memandangkan pembayaran dividen tahun 2014 telah pun dibuat hari ini. Kalau ikutkan jumlah pembayaran sebanyak RM450 juta dan jumlah ahli 942,000 so purata setiap ahli dapat dividen RM478. So berapa jumlah sebenar yang anda dapat?

Thursday, March 19, 2015

Tambang Teksi dan Bas Ekspres Naik

Hari ini  Suruhanjaya Pengangkutan Awam darat (SPAD) mengumumkan kenaikan tambang teksi dan bas ekspres. Tambang teksi naik serta-merta manakala tambang bas ekspres akan naik bermula 15 Mei 2015.
Sebagai contoh teksi bajet di Kuala Lumpur dan Johor Bahru, bagi perjalanan sejauh 5km tambang naik sebanyak RM1.50 daripada RM6.50 kepada RM8.00. Kenaikan adalah lebih tinggi bagi teksi bajet di Pulau Pinang yang mana kenaikan adalah sebanyak RM2.50 bagi jarak yang sama. Kenaikan lebih tinggi di Pulau Pinang memandangkan kos operasi di sana lebih tinggi.
Bagi bas ekspres pula, kenaikan sebanyak 2.1 sen setiap km. Sebagai contoh perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, tambang sekarang adalah RM44.20 dan kenaikan yang bakal dihadapi oleh mereka yang ingin pulang ke Kelantan sebanyak RM9.60 kepada RM53.80. So kalau family empat beranak kos tambang pergi dan balik adalah RM430.40 berbanding RM353.60. Kenaikan adalah sebanyak RM76.80.

Memang kos sara hidup sekarang semakin meningkat. By the way, tambang KTM, LRT dan Monorail bakal naik dan akan diumumkan dalam masa yang terdekat nanti. 

TAPI APA-APA PUN KITA PATUT BERSYUKUR MEMANDANGKAN LAST SEMAKAN KENAIKAN ADALAH 6 TAHUN LEPAS BERBANDING SINGAPURA, LONDON DAN SYDNEY YANG MANA SEMAKAN ADALAH SETIAP TAHUN!



Sotong Celup Tepung Pok Nong @Mengabang Telipot Terengganu Terbaik

Selain daripada nasi dagang, air buah dan keropok lekor, sotong celup tepung juga  adalah antara makanan yang perlu kita cuba di Terengganu. Sebut pasal makanan laut celup tepung ni, tempat yang famous adalah Warong Pok Nong yang terletak di Mengabang Telipot. Nak tahu lebih lanjut i.e. tempat ni boleh call 09-6127655 or 013-3517262. Memang diaorang akan angkat, jangan risau.
Ni dia senarai harga. Udang seekor RM1 manakala ikan pula RM3. Diaorang guna ikan selayang. Kalau sotong tu ikut harga pasaran le. Anyway ianya lebih kurang RM8 seekor.
Kedai ni dibuka dari pukul 3.30 petang hingga lebih kurang kul 8.00 malam.
Memang penuh orang makan kat sini.
Kalau beratur tu at least 30 minit le terutamanya waktu puncak lebih kurang kul 5.00 petang hingga 6.30 petang. Kalau nak cepat pi le lebih kurang kul 7.00 malam ke.
Caranya senang aja, kalau datang lebih daripada sorang tu, sorang beratur dan yang lain tu carilah tempat duduk. Kiranya sistem layan diri. Beratur then bila tiba masanya sampai kat tempat makanan laut "diturunkan dalam talam" so ambil le letak dalam pinggan yang disediakan. By the way, yang sotong tu diaorang akan bagi kat kita mengikut jumlah yang kita nak then diaorang akan bagi kertas kecil dengan harganya. Makanan lain tu kira sendiri le.
Memang sotong adalah makanan yang ramai peminat cari kat sini.
Pekena air kelapa sedap juga especially waktu sekarang yang panas sangat.
Actually kami makan kat sini dua hari berturut-turut. Tengoklah sotong ni memang mengiurkan. By the way, jangan lupa ambil gunting sekali ya sebab takkan nak telan sotong macam tu, kenalah gunting kecil-kecil mengikut selera kita. Memang cukup garing dan yang penting ianya panas bukan macam tempat lain yang makanan tu digoreng entah berapa hari dah dan dipanaskan.
Lepas gunting apa lagi, makan le.
Bagi dua ekor sotong celup tepung yang garing tu, harganya RM16. Memang sungguh berpatutan. Saiz sotong tu boleh dikatakan besar juga, lebih daripada sejengkal.
Ikan selayang ni pun memang sedap, sungguh fresh. Udang boleh tahan juga rasanya tapi saya lebih suka sotong. Kali ni ambil dua ekor sotong, dua ekor udang dan dua ekor ikan since sehari sebelum tu dah makan. Semasa entri ni ditulis waktu malam, rasa kesedapan makanan laut kat sini masih saya ingat. Memang ada masa akan diterjah lagi untuk merasai sotong celup tepung Pok Nong.

Wednesday, March 18, 2015

Dah Tukar Kad Debit Bank Islam

Baru-baru ini, saya cuba keluarkan wang melalui ATM. Entah macam mana tak boleh, then pi le kat kaunter then tanya diaorang, rupa-rupanya kad ada masalah. So apa lagi diaorang suruh tukar kad baharu. So saya isi le dua borang. Masa nak tukar kad tu, teringat dengan kes my wife dulu berkaitan dengan TAP, so last-last cakap kat diaorang yang saya tak nak perkhidmatan TAP.
So dapatlah kad debit baharu, Team Harimau. OK juga especially ada kemudahan debit so bolehlah guna kad ni nanti untuk pembelian. Nak tahu lebih lanjut mengenai kad debit ni, boleh check kat website Bank Islam.

Tuesday, March 17, 2015

Akok di Paka Terengganu Meletop

Masa pi Terengganu seinggah kat Paka so tepi jalan tu ada le gerai yang menjual akok. So apa lagi kuih yang dicari ada depan mata.
Kat sini ada dua jenis akok, yang colour coklat, tak berapa manis dan yang colour kuning, memang manis. Di samping itu ada juga kuih bakar yang mana kat dalam tu ada gula.
Harga sebiji adalah 60 sen.
So beli le campur-campur sembilan biji @RM5. Boleh tahan juga rasanya dan yang sedap ianya panas dan gebu-gebu.

Monday, March 16, 2015

Nasi Dagang Ikan Tongkol Kak Pah @Batu Buruk Sangat Sedap

Kalau pi Terengganu tak sah kalau kita tak cuba nasi dagang ikan tongkol. Anyway tempat yang popular untuk menjamah nasi dagang adalah di Kedai Makan Kak Pah yang terletak di Medan Selera Batu Buruk. Jangan lupa yang nombor kedai Kak Pah adalah 30. Masa datang tu memang dah ramai beratur masa tu kalau tak silap lebih kurang kul 8.45 pagi. Diaorang ni buka kul 8.00 pagi.
Bagi yang nak makan kat situ, boleh beratur di sebelah kanan manakala yang nak bungkus sebelah kiri. By the way, kat sini ada nasi dagang ikan tongkol dan nasi lemak ikan tongkol. Nak order nasi dagang ayam, tak ada ya.
Nak tahu lebih lanjut boleh call 013-977 4639.
Ni le rupa nasi dagang dan juga ikan tongkol. By the way, ikan tu satu mangkuk untuk dua pinggan nasi dagang. Memang satu mangkuk even kalau order satu pinggan nasi or 3 pinggan, of course le portion dia berbeza. 
Nasinya tak muak sangat so makan satu pinggan ok le. 
Memang banyak ikan tongkol ni, yang sedapnya adalah kuahnya yang pekat dan ikannya yang segar.
Tak banyak pula tulang ni. Memang berbaloi saya beratur lebih kurang 15 minit apabila dapat nasi dagang dan ikan tongkol ni.
Bila dicampur semua memang satu sajian yang perfect. Kena pi lagi ni, sekali memang tak cukup. Sukar dibandingkan dengan nasi dagang di Batu Caves, Tuu Dok Ko. Yang ni saya bagi 8.4 out of 10.

Sunday, March 15, 2015

Air Buah Pior @Seberang Takir Memang sedap

Baru saja balik from Restoran Air Buah Pior yang terletak di Seberang Takir, Kuala Terengganu. Kat sini terkenal dengan air buah-buahan. Pior tu maksudnya pure. Harga memang murah, RM2 (kecil), RM2.50 (sedan) dan RM3 (besar).
Memang puas hati rasa minuman ni. Kami order air tembikai, honeydew, mangga dan anggur.
Selain daripada tu, ada juga sate, nasi minyak, keropok lekor dan macam-macam lagi.
So kalau singgah ganu, jangan lupa terjah air buah kat Air Buah Pior di Seberang Takir.

Saturday, March 14, 2015

Tak Sampai 2 Minggu Dah dapat Refund Income Tax 2014

Pada 1 Mac yang lepas saya hantar e-filing untuk income tax bagi tahun 2014. Seperti biasa bila kita hantar awal e-filing untuk cukai ni, tak sampai dua minggu sudah dapat refund. Tapi ingat refund yang dapat ni diaorang akan mintak balik since ada sejumlah pendapatan tahun 2013 baru saaja diisytihar so nanti kena bayar balik cukai yang belum dikira.

Tak kisah le janji cukai yang terlebih bayar tahun 2014 tu LHDN dah pulangkan dan diaorang masukkan terus dalam akaun bank yang kita nyatakan dalam Borang BE.

So kepada yang belum hantar lagi e-filing, buatlah sekarang ya.

Saturday, March 7, 2015

Nasi Berlauk Kelantan diterbangkan ke KL?

Tadi baca tulisan di Kosmo mengenai nasi berlauk dari Kelantan diterbangkan khas ke Kuala lumpur empat kali sebulan bagi memenuhi permintaan di Kuala Lumpur. Memang kena cuba nanti, kalau nak tahu lebih lanjut boleh layari facebook Kak Noh Nasi Berlauk.  
Antara sajian yang boleh ditempah adalah nasi berlauk ayam gulai, nasi dagang ikan, nasi kerabu, akok, murtabak dan macam-macam lagi. Boleh whatsapp di nombor 0193512027. Ramai agen-agen sekitar KL dan juga tempat-tempat lain yang boleh didapati yang mana bila dah order then bayar melalui e-banking then setiap hari Sabtu boleh ambil tempahan di tempat yang dikhaskan.

Ni pula menunya. 

Lama betul tak makan perut percik ni.