Selain daripada nasi dagang, air buah dan keropok lekor, sotong celup tepung juga adalah antara makanan yang perlu kita cuba di Terengganu. Sebut pasal makanan laut celup tepung ni, tempat yang famous adalah Warong Pok Nong yang terletak di Mengabang Telipot. Nak tahu lebih lanjut i.e. tempat ni boleh call 09-6127655 or 013-3517262. Memang diaorang akan angkat, jangan risau.
Ni dia senarai harga. Udang seekor RM1 manakala ikan pula RM3. Diaorang guna ikan selayang. Kalau sotong tu ikut harga pasaran le. Anyway ianya lebih kurang RM8 seekor.
Kedai ni dibuka dari pukul 3.30 petang hingga lebih kurang kul 8.00 malam.
Memang penuh orang makan kat sini.
Kalau beratur tu at least 30 minit le terutamanya waktu puncak lebih kurang kul 5.00 petang hingga 6.30 petang. Kalau nak cepat pi le lebih kurang kul 7.00 malam ke.
Caranya senang aja, kalau datang lebih daripada sorang tu, sorang beratur dan yang lain tu carilah tempat duduk. Kiranya sistem layan diri. Beratur then bila tiba masanya sampai kat tempat makanan laut "diturunkan dalam talam" so ambil le letak dalam pinggan yang disediakan. By the way, yang sotong tu diaorang akan bagi kat kita mengikut jumlah yang kita nak then diaorang akan bagi kertas kecil dengan harganya. Makanan lain tu kira sendiri le.
Memang sotong adalah makanan yang ramai peminat cari kat sini.
Pekena air kelapa sedap juga especially waktu sekarang yang panas sangat.
Actually kami makan kat sini dua hari berturut-turut. Tengoklah sotong ni memang mengiurkan. By the way, jangan lupa ambil gunting sekali ya sebab takkan nak telan sotong macam tu, kenalah gunting kecil-kecil mengikut selera kita. Memang cukup garing dan yang penting ianya panas bukan macam tempat lain yang makanan tu digoreng entah berapa hari dah dan dipanaskan.
Lepas gunting apa lagi, makan le.
Bagi dua ekor sotong celup tepung yang garing tu, harganya RM16. Memang sungguh berpatutan. Saiz sotong tu boleh dikatakan besar juga, lebih daripada sejengkal.
Ikan selayang ni pun memang sedap, sungguh fresh. Udang boleh tahan juga rasanya tapi saya lebih suka sotong. Kali ni ambil dua ekor sotong, dua ekor udang dan dua ekor ikan since sehari sebelum tu dah makan. Semasa entri ni ditulis waktu malam, rasa kesedapan makanan laut kat sini masih saya ingat. Memang ada masa akan diterjah lagi untuk merasai sotong celup tepung Pok Nong.
4 comments:
adus terliur sungguh..tp p ganu aritu tk sempat merasa ..ye la pegi pn sbb kj...kalo die buka smp lewat mlm bole gk try...mayb next time la kot...pernah mkn celop tepung kt pantai teluk ketapang..tu pn kedainya nk tutup dh..tp sempat gk la merasa
mmg terliur sgt ni :-)
Warung pok nong mmg da best
perh.... ramainya org... mesti sedap ni....
Nukilan Terkini di Owh!MananQayyim : Rindu Ombak
Post a Comment