Tadi pi cari nasi beriani kat area Wangsa Melawati. Nama kedai ni adalah Rom Briyani House.
Ianya terletak di 17G, Dataran Wangsa 1, Wangsa Melawati. Boleh call 03-4131 9250 atau 016-7335546 untuk maklumat lanjut. By the way, dalam lingkungan 5km (rumah) or 15km (pejabat), ianya ada buat penghantaran.
Untuk nasi beriani ayam, harganya adalah RM12 termasuk air sirap atau teh o ais.
Dari segi susunan dan kebersihan, Restoran Rom Briyani House ni boleh dikatakan bagus.
Anyway saya beli tiga nasi beriani, satu setiap jenis, iaitu ayam beriani, ayam merah dan juga ayam masala. Kiranya bungkus le. Memang nasi ni ada sekali telur rebus.
Ni le ayam masak merah.
Ni beriani.
Ni pula masala.
Di samping tu saya juga beli puding sagu yang berharga RM2.50.
Terlupa pula ngan papdom, acar dan kuah. Secara keseluruhan nasi ni saya bagi 6.6 out of 10 sebabnya nasi tu bagi saya sedikit kering dan tak rasa sangat rempahnya, tapi of course apabila diambil kira dengan harga RM12 untuk satu set dan kebersihan dan susun atur kedai ni saya bagi 7.1 out of 10. Maybe rating yang saya bagi tak begitu tepat so apa kata anda cuba sendiri nasi beriani kat sini.
1 comment:
betul tuh, makanan nie sama mcm kita tengok kecantikan. kadang2 apa rasa di tekak kita atau cantik di mata kita, tak sama dengan tekak & mata orang lain
Post a Comment