Pages

Friday, November 29, 2013

Jom Makan Kat Tupai-Tupai

Baru-baru ini kami sekeluarga pi makan kat Restoran Tupai-Tupai yang terletak di KL.
Masuk je ada benda alah ni dalam sangkar.
By the way, masa pergi tu tak ramai orang so senang le, kalau hari bekerja memang susah nak parking.
Jom kita tengok menu apa ada di sini.
Macam-macam jenis sayur-sayuran ada. Bagi saiz kecil harganya bermula RM9.
Boleh tahan harga telur goreng @RM8. Entah berapa biji telur untuk saiz kecil ni.
Ayam, daging dan udang ada di sini, secara kasarnya harganya bermula RM15 untuk saiz kecil tapi rasanya untuk 3 orang cukup le.
Ikan ni harganya ikut saiz dan harga pasaran. tak sure pula berapa sekilo.
Kalau tak nak makan nasi boleh cuba mee ke bubur ke, opppsss, bubur pun nasi juga kan.
Ni pula minuman. Pilihlah yang mana suka.
Benda alah ni kalau datang sini mesti cuba memang sedap tapi sayang pula aiskrim keladi pula diberi. Kalau coklat or vanilla lagi OK.
Tomyam ni memang pekat dan rasanya masam-masam le pula. Memang banyak.
Yang ni pula kitaorang order lala masak tiga rasa kot. First time cuba benda alah masak cara ni. Boleh tahan juga. Tapi masam juga.
Ayam masak lemon pun masam. Alamak apasal le kitaorang order semua yang masam ni. Tapi secara keseluruhan memang boleh tahan makanan kat sini. Saya bagi rating keseluruhan 7.4 out of 10.
Semua sekali harganya adalah RM62.80.

Saturday, November 23, 2013

Jom Main Bowling di Endah Parade

Pagi tadi ada karnival bowling yang dianjurkan oleh jabatan tempat saya kerja. So kitaorang pi main bowling kat Endah Parade, tingkat 4. Memang dah lama betul tak main bowling, ada le lebih 5 tahun.

By the way, kat sini ada 30 lanes dan tak ramai sangat pengunjung so ok le.
Ni le rate untuk main bowling. Ingat ya, bawa stokin sendiri kalau tak kena sewa dan bayaran yang dikenakan adalah RM3.00 sepasang. Rate kat sini untuk satu game adalah RM6 untuk weekend. Kalau kanak-kanak cajnya adalah RM3 aja.
Setiap team dibahagikan kepada 3 orang dan semuanya ada 11 team. Ni kalau tak silap game yang ke-3. Yang mana satu sharinginfoz. Teka ajalah ya.
Hadiah yang ada adalah top-5 untuk pasukan. 
Pas tu raja dan ratu longkang yang mana markah yang terendah. High score untuk lelaki dan wanita dan pasukan paling ceria. By the way, kitaorang main 3 games. Memang penat juga. 
Setelah dikira semuanya, pasukan kitaorang berjaya dapat tempat yang ke-4. OK lah since saya pun memang lama tak main. Score tak ingat le keseluruhan tapi lebih le 1,000 jatuhan pin. Kira secara average lebih 100 jatuhan pin setiap orang.
 Lepas habis kitaorang pi makan then ajak my daughter untuk main. Ambil le dua games.
Memang suka betul Afiqah main bowling. Then tambah satu game lagi. Memang penat betul Afiqah sampaikan balik aja dari Endah Parade terus tidur. Masa tulis entry ni dia masih tidur, kejap lagi nak kejutkan.
Ni le markah salah satu game yang kitaorang main. Afiqah cakap, apasal main berpasukan tadi tak macam score ni yang mana lebih 150.

Jom tengok salah satu balingan oleh Afiqah.


Tuesday, November 19, 2013

Cuti Sekolah Jom Terjah Penang

Sekarang ni dah masuk cuti sekolah. So bolehlah bawa anak-anak berjalan. Plan nak pi ke Pulau Pinang. Sekarang ni tengah survey hotel.

Cari punya cari ada le dalam 3 hotel iaitu Hotel Malaysia, Hotel Seri Malaysia dan Hotel Continental. Tune Hotel Penang pun nampak menarik juga. Kalau dapat free macam eyriqazz apa salahnya kan?

By the way, kepada blogger ataupun pembaca yang tinggal kat Penang or biasa dengan Penang, apa kata bagi idea sikit untuk cari hotel kat Penang dan maybe kereta sewa.

Monday, November 18, 2013

Suka Betul Anak-Anak Main dengan Lego

Beberapa hari yang lepas sempena hari jadi Danish, mak mertua belikan set lego. Memang budak-budak suka betul dengan lego ni. Yalah daripada bongkah kecil-kecil boleh jadikan benda yang unik i.e. kenderaan or rumah or apa-apa le.
Tak susah sangat sebab dalam set tu ada manual sekali.
So boleh buat benda tu langkah demi langkah.
By the way, dalam kotak tu misalnya bagi set kenderaan ni ada lima set lego yang diletakkan dalam plastik yang berbeza. So maknanya ada 6 kenderaan boleh dibuat. Harganya boleh tahan juga, satu set ni adalah RM100++.
Dalam satu set plastik ni, begini le rupa set lego, bongkah kecil-kecil. Ingat masa kecil-kecil main permainan macam lego yang mana bongkah tu macam jongkong aja.
Ni le setelah siap dibuat. Memang bagi anak-anak adalah satu pencapaian apabila telah berjaya menukar bongkah-bongkah tadi kepada kenderaan yang comel. Macam comel aja, macam cantik aja. Hantam ajalah.
Kan saya cakap memang comel truck penarik ni. 
Yang biru ni pun lagi cantik dan unik. 
Sebelah yang biru tu kereta warna kuning. Benda alah figura dalam tu, dijual berasingan di dalam plastik kecil yang mana harganya kalau tak silap RM12.00++, kat Mid Valley ada satu kedai, kalau tak silap Brickboy Toys. So kesemua ada 16 figura. Kiranya macam aksesori le.
Ni ada 2 lagi kenderaan.
Adik ipar ada juga bagi hadiah untuk Danish. Yang ni memang ambil masa yang lama nak buat berbanding dengan set lego tadi. Boleh buat robot ataupun kereta kebal.
Yang ni actually besar, dalam gambar nak kecil je, entah berapa jam diambil untuk siapkan kereta kebal ni. Selepas siap, memang Danish suka betul bermain dengan kenderaan yang telah dibuatnya.

Saturday, November 16, 2013

Cukai Pintu di Kuala Lumpur Bakal Naik: 69%

Dalam The Star hari ni citer cadangan mengenai kenaikan cukai pintu (assessment tax) di Kuala Lumpur oleh Dewan Bandarara Kuala Lumpur (DBKL). So saya cuba cari penyata cukai taksiran / cukai pintu then jumpa le yang tahun 2012.

By the way, nilai tahunan hartanah yang saya duduki sekarang adalah RM7,800 dan kadar cukai yang dikenakan adalah 6%, so jumlah cukai tahunan adalah sebanyak RM468 (RM7,800 X 0.06). Since cukai taksiran dibayar setahun dua kali so sekali bayar adalah RM234 (RM468/2).
Tadi baru sahaja check postbox dan memang tepat dapat surat daripada DBKL mengenai "Notis Menyemak Semula Senarai Nilaian". Dalam notis tu, ianya menyatakan cadangan nilai tahunan untuk hartanah saya adalah RM13,200 iaitu kenaikan sebanyak 69% [(RM13,200/RM7,800)-1]*100 daripada RM7,800. Ianya akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014. Ingat ya, itu kes saya, ada juga kes lain sampai kenaikan sebanyak 200%.

So let say kalau kadar cukai masih kekal 6%, jumlah cukai pintu dalam setahun yang perlu saya bayar mulai Januari 2014 adalah RM792 or RM396 setiap 6 bulan. So maknanya dalam setahun saya kena bayar lebih RM324 (RM792-RM468).Anyway kalau nak buat bantahan boleh hantar surat sebelum 17 Disember 2013. Saya akan hantar surat bantahan nanti. Tunggu.

So dalam Bajet 2014, Kerajaan ada mengumumkan antara lain anak sekolah dapat RM100 dan pelepasan cukai khas (maksimum RM480) kepada mereka yang mempunyai pendapatan RM8,000 ke bawah.

So let say, bagi mereka yang mempunyai anak 2 orang yang masih bersekolah, dapat bantuan persekolahan RM200 then penjimatan cukai pendapatan sebanyak RM480. So keseluruhan adalah RM680.

Tapi tunggu kejap ya, since kena bayar kenaikan cukai pintu @RM324, so jumlah sebenar adalah RM356. So dapat sebelah kanan then sebelah kiri ambil balik. Sorry to say that, itu pandangan peribadi saya.

Monday, November 11, 2013

Purata Caruman Ahli KWSP

Jom kita tengok berapa jumlah purata caruman ahli KWSP dari tahun 1975 hingga Oktober 2012. By the way, data yang saya dapat ialah from website Bank Negara Malaysia @Monthly Statistical Bulletin Sep 2013.

By the way, nak baca graph ni, sebelah kanan ialah purata caruman manakala sebelah kiri pula jumlah pencarum dalam KWSP.

Pada tahun 1975 (masa ni saya belum lahir lagi), jumlah pencarum adalah hanya hampir 3 juta manakala pada bulan Oktober 2012, jumlah ini meningkat sehingga 13.44 juta. Memang dalam masa 37 tahun jumlah pekerja yang mencarum dalam KWSP telah meningkat lebih 4 kali ganda.

Manakala purata caruman seorang adalah meningkat daripada RM1,422 kepada RM22,047. Walaupun terdapat peningkatan lebih 15 kali ganda, ianya dilihat masih sedikit terutamanya di zaman sekarang yang mana kos hidup semakin naik.

Just imagine, kalau kita ada RM20,000 agak-agak berapa lama kita boleh survive.

By the way, data ini menunjukkan purata caruman, ini tidak bermakna kebanyakkan pencarum apabila pencen kelak ada caruman sebanyak ini. Maybe figure ni sedikit sebab ramai pencarum yang tidak aktif. 

Sunday, November 10, 2013

Senarai Harga Kereta di Malaysia 2014

Tadi masa baca newspaper The Star tengok bahagian motoring. Kat dalam ni ada senarai harga kereta terkini. Jom kita tengok harga kereta bagi netry-level. Tak sangka sekarang ni banyak juga pilihan yang ada jika dibandingkan beberapa tahun lepas yang mana orang yang ada ialah kereta buatan Proton dan juga Perodua.

Proton of course sinonim dengan Saga, ianya bermula daripada RM33,438 manakala bagi Perodua pula ada pilihan Viva bermula RM24,924 dan Myvi bermula RM41,924.

Kalau nak cuba kereta lain bolehlah tengok Hyundai, Mitsubishi ataupun Suzuki. Pilihlah yang mana sesuai dengan kawan-kawan berdasarkan bajet dan kegunaan.
Family car ni memang salah satu segmen yang penting dan hot. Yang ni lagi banyak pilihan yang ada dengan sekarang ni harga yang berpatutan termasuk Nissan Almera yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Bagi kereta Proton memang ramai juga sebelum ni menggunakan Persona. Cuba tengok le di jalan raya, penuh dengan kereta model ni tapi ini akan berubah dalam masa beberapa tahun lagi jika Proton tidak melakukan sesuatu bagi menangani persaingan yang semakin sengit.

Sebab tu juga kita tengok Honda telah memperkenalkan atau meningkatkan design kereta City. Macam-macam jenis variant ada. Anyway ianya bermula daripada RM85,980.
Mitsubishi juga tidak melepaskan peluang untuk bersaing dalam segmen ini dengan pengenalan Attrage yang bermula daripada RM78,000.
Bagi Toyota Vios pula memang sering bersaing dengan Honda City bagi foreign car. Apa yang rakyat Malaysia mahu ialah pengenalan kereta yang lagi mampu di masa hadapan dan diberi banyak pilihan bukan hanya limited kepada kereta tempatan.

Saturday, November 9, 2013

Ramai Betul Guna Nissan Almera Sekarang Ni

Sekarang ni banyak betul tengok kereta Nissan Almera di jalan raya. Not bad juga design kereta Almera ni. 
Tengok kat blog paultan, memang banyak gambar-gambar mengenai Almera ni. Kalau sebelum ni kita tengok rakyat Malaysia, banyak beli kereta model Vios, City or Forte. Sebab masa tu kereta ni le kiranya harga yang boleh dikatakan boleh dibeli oleh rakyat Malaysia selain daripada kereta Proton ataupun Perodua.
Sekarang ni banyak pengeluar kereta antarabangsa cuba menjual kereta mereka dengan menawarkan harga yang boleh dikatakan setanding dengan harga kereta sekarang yang berada di pasaran Malaysia. By the way, harga kereta Almera di between RM66.8K and RM79.8K.

Kita tunggu le nanti di masa hadapan di mana saya rasa banyak lagi model akan dikeluarkan pada harga RM60K-RM90K.
Sebagai contoh kereta Polo Sedan yang dijangka dikeluarkan pada tahun hadapan di Malaysia (CKD) yang dibuat di Pekan, Pahang. Harganya adalah RM85.9K berbanding dengan Polo import (CBU) dari India iaitu RM99.9K, RM14K lebih murah.  

Tuesday, November 5, 2013

Takkan Nak Tukar dekoder Astro PVR Kena Caj Kot?

Sebelum ini saya telah upgrade dekoder lama kepada dekoder byond. OK juga since kos pemasangan adalah percuma. Then bila guna baru perasan yang dekoder ni tak boleh nak record. Then dalam kotak tu ada pamplet yang menyatakan apabila kita upgrade sepatutnya dapat dekoder yang boleh rekod, PVR. Pas tu pula dapat 3 kredit untuk astro best.

Memang saya dah upgrade kepada superpack. So call le customer service, macam mana kalau nak tukar kepada dekoder Astro Byond PVR. Diaorang cakap kalau nak tukar kena le bayar RM50 untuk pemasangan. Takkan kena bayar lagi. Dahlah setiap bulan RM125++.

Satu lagi dapat surat from Astro menyatakan yuran bulanan untuk Astro Family naik RM2 manakala yang sport package pula naik RM6. Saya cakap le kat diaorang apasal masa call untuk tukar dekoder lama ke Byond hari tu tak cakap pasal PVR. Dia pun cakap, kalau tukar masa tu pun kena bayar juga RM50.

Hmmmm, wait and see le, nanti saya akan dapatkan Astro Byond PVR tanpa kena bayar. Tunggu le Astro.

Monday, November 4, 2013

Jom Makan Nasi Ambeng di RK Cafe, Artis Riezman di Taman Melawati

Semalam pi kat RK Cafe, restoran yang mana dikendalikan oleh seorang pelakon, Riezman dengan isterinya, Kartina. Ianya terletak di Taman Melawati.
Ni alamat penuh RK Cafe. Anyway selain daripada cafe mereka juga kendalikan catering.
Sempat ambil gambar Riezman ni. Memang diaorang ni sungguh peramah so ok le.
Sedikit pemandangan di dalam cafe. Memang sungguh cantik dan simple susunan tersebut dengan kerusi dan meja berwarna putih. Masa pi tu tak ramai orang so oklah. Kami take away je.
Kalau nak cupcakes jangan risau ada kat sini.
Ni menu kat sana, ada masakan tempatan dan juga western. Harganya boleh dikatakan berpatutan.
Light snack macam cucur udang dan juga samosa ada juga.
Minuman sudah pasti kan.
Anyway kami order nasi ambang dan juga nasi ayam dengan harga keseluruhan adalah RM30. Mahal ke? OK rasanya.
Memang portionnya banyak juga so bolehlah makan kami bertiga since my son kitaorang beli benda lain.
Jom tengok nasi ayam ni @RM12.90. Ni actually nasi ayam singapura. Entahlah tak tahu saya nak bezakan. Trust ni ayamnya memang sedap dengan bahagiannya yang banyak. Yang paling saya suka ayamnya garing dan sungguh lembut. Ratah macam tu pun sodap. Supnya memang OK ditambah pula dengan kicap dan lada. Memang sungguh perfect hidangan ini. Saya bagi rating 8.2 out of 10. Memang my daughter, Afiqah enjoy betul menikmati nasi ayam ni.
Kan saya cakap ayamnya memang garing dan banyak. Lain kali Afiqah cakap boleh makan lagi nasi ayam RK Cafe ni.
Actually kami datang RK Cafe ni untuk makan nasi ambang. Actually weekend aja nasi ambang ni. Kalau hari kerja memang tak ada ya. Nasi ambang ni berharga RM14.90. Ada ayam ada juga yang daging. Pilihlah yang mana kita suka ya. Sebelum ni saya pernah cuba nasi ambang Karipap Panas di Wangsa Melawati dan juga Mak Minah Cheras.
Ternyata kat RK Cafe ni tidak mengecewakan kami dan of course the best nasi ambang yang pernah saya cuba. Atas nasi tu dia letak kelapa goreng, ayam memang garing, then ada pegedil, ikan masin, paru ayam.
Dan yang sedap lagi ialah sayur-sayuran campur dengan tempe ni. Tambah pula dengan ikan bilis dan kacang memang sukar ditolak. Campuran yang sangat menarik dan persembahan yang baik membuatkan kami akan datang lagi di RK Cafe. Rating saya bagi 8.6 out of 10. Lain kali boleh cuba masakan lain pula ya.