Pages

Sunday, May 17, 2015

Order Gorpis Melalui Whatsapp Ambil di Damansara

Hari tu pergi makan gorpis kat Platinum Walk, semalam pula terjah kat stall diaorang di Damansara yang mana tak jauh dari Tune Hotel. By the way, boleh order gorpis ni melalui whatsapp. Nombornya adalah 017-2932941 (neena) atau 017-215 2458 (kun). Make sure order antara pukul 11.00 pagi hingga 12.00 tgh dan waktu operasi gorpis ni pukul 1.30 petang hingga 6 petang dan tutup hari Isnin dan Jumaat. 
Tengok tu gerai diaorang ni sempoi aja tapi jangan surprise kalau walk-in memang lama menunggu. Kebanyakan yang menunggu tu dalam kereta dan ada juga customer yang datang then bila cakap gorpis boleh ambil dalam masa setengah jam or sejam then diaorang tak sanggup tunggu dan balik semula. So kalau teringin nak makan order le melalui whatsapp ya.
Ni le senarai harga pisang cheese iaitu RM7 untuk satu set 8 keping kecuali butterscotch RM8.
Kalau tak sure nak cari, carilah Tune Hotel. So jangan le terlepas pula since Tune Hotel tu kat depan sikit.
Inilah cheese yang diaorang gunakan untuk buat gorpis ni. Kerat kecil-kecil then disagat pas tu ditabur atas pisang goreng yang panas.
Ini pula perasa yang diletakkan atas cheese iaitu coklat dan juga butterscotch kot. Memang diaorang beli benda alah ni kat kedai bakery le.
Pisang yang digunakan pula adalah pisang abu. Mengikut salah seorang team gorpis, sebanyak 40kg pisang digoreng pada hari minggu. Yang membuatkan ranggup adalah tepung yang digunakan, kiranya secret resepi daripada mak salah seoarang team gorpis tu. Kiranya diaorang campur sendiri so tak dapatlah cari kat kedai tepung ni.
Pisang digoreng menggunakan minyak yang panas dan banyak so sebab tu le garing kan.
Dah masak pisang, diaorang susun lapan-lapan dan seoarang lagi akan sagat cheese dan juga perasa yang customer order.
Memang banyak cheese yang digunakan so diaorang tak berkira sangat.
Tengoklah strawberry tu memang penuh. Tengok je dah terpikat.
Guna whatsapp, kami order tiga set, iaitu butterscotch, strawberry dan juga white chocolate.
macam KFC le pula kegaringan pisang cheese ni.
Strawberry memang nampak sedap aja.
Sah memang sedap strawberry ni.
White chocolate pun sodap. 
Semua sedap le.
So tiga set tadi habis kami empat-beranak makan. So lepas tu pi lagi kat stall dioarang tambah dua set lagi. Tapi of course le kena tunggu le tak boleh dapatkan terus since ramai yang order. Coklat dan cinnamon pula kami order.
Keseluruhan memang sedap gorpis kat sini, lebih sedap daripada yang kami makan kat Platinum Walk. Nanti next time nak cuba kat Kopi XOXO milik Nora Danish pula.

3 comments:

mama tisya said...

wah dh pegi jugak yg kt kota dsara...tu la retis pn rmi pegi bli...tp mmg yg kt kota dsara ni rmi org

eelobor said...

tahap nak kena cuba jugak gorpis nie. tghari tadi cuba nasi kak wok dekat platinum.... kami suami isteri berkongsi rasa yang sama iaitu takde rezeki kami kali ke-2 kat situ

LYAfrina said...

sedapnya...
sekarang semua blh order on9...