Pages

Monday, January 5, 2015

Kos Bercuti di Langkawi Disember 2014

Baru-baru ini, bulan Disember 2014, kami sekeluarga (4 orang) bercuti di Langkawi. Ianya adalah 4 hari 3 malam. Ni actually tahun ketiga berturut-turut lepak kat Langkawi sempena cuti sekolah. By the way, kos keseluruhan adalah sebanyak lebih kurang RM2,700. Ianya lebih tinggi jika dibandingkan dengan tahun 2013 (RM2,300) manakala 2012 (RM2,500).

Secara kasarnya kos-kos bagi tahun 2014 boleh dibahagikan kepada:
  • Pengangkutan lebih kurang RM1,000 termasuk tambang kapal terbang MAS (RM384) dan sewa kereta Myvi (RM350). Bagi MAS kami bernasib baik sebab beli masa ada sale sempena Hari Kemerdekaan manakala sewa kereta tu adalah diaorang caj untuk 3 hari setengah memandangkan kami pulang ke KL waktu malam. Ini juga termasuk dengan petrol sebanyak RM60. Untuk satu liter harga petrol adalah RM2.26. Lebih kurang 350km kami guna keta ni.
  • Coklat kami belanjakan lebih kurang RM530. Memang kalau pi Langkawi tak lengkap dengan coklat ni.
  • Makan-makan kat Langkawi pula lebih kurang RM430. Tempat makan kat Pekan Kuah, Wan Thai memang sedap dan juga makan malam kat Lubuk Buaya di area Pantai Chenang. Pasar malam kat Langkawi, waktu cuti sekolah ni, hari-hari ada so kenalah tahu kat mana. Yang sedap kalau nak makan waktu tengah hari adalah Jom Ikan Bakar yang tak jauh dari airport.
  • Penginapan pula kami spend sebanyak RM400. Kebetulan majikan ada sediakan tempat menginap dan kami ambil dua bilik untuk 4 malam.
  • Bagi tempat menarik pula kami belanja lebih kurang RM220 termasuk wildlife, kereta kabel, perdana galeria dan mahsuri. Tengok anak memang enjoy main go-kart.
So begitulah serba sedikit percutian tahun 2014 sempena cuti sekolah di Langkawi. Tahun 2015 nanti tak rancang lagi nak pi mana, maybe cari tempat lain le pula.

Bagi yang nak bercuti, apa kata cuba-cuba le check di Agoda untuk mendapat sedikit idea mengenai tempat penginapan yang menarik dan berpatutan. 

2 comments:

Aidi-Safuan said...

Banyaknya spent beli coklat.betul2 shopping nih. Huhu

amirah said...

kena pegi tempat lain la tahun depan ni kan..