Pages

Saturday, January 10, 2015

Jom Main Go-Kart

Baru-baru ini masa bercuti di Langkawi, Danish sempat main go-kart. Lokasinya tak jauh dari airport dan on the way to Pantai Chenang. By the way, untuk 10 minit cajnya adalah RM37.
Kalau nak yang double harganya adalah RM60.
Sebelum main go-kart tu, kenalah sign borang ni yang mana secara ringkasnya kalau ada apa-apa kemalangan, mereka tidak bertanggungjawab dan kerosokan kita kena bayar.
Ada le minimum high yang diperlukan bagi main go-kart ni.
Ni le go-kart yang digunakan. Banyak gak adalah le lebih kurang 30 buah kot.
Sebelum main go-kart ni, kenalah pakai topi keledar. Untuk keselamatan. Yang putih tu kiranya untuk menjaga kebersihan, maklumlah ramai yang pakai helmet ni.
Bagi kanak-kanak kereta diaorang cuti sikit ngan warna-warni. Diaorang tolak ngan kaki nak make sure kita tekan brek dan tak bergerak le.
Apa lagi, jom main go-kart. Memang enjoy betul Danish main benda alah ni buat kali pertama.
Puas le juga, lain kali kalau singgah lagi di Langkawi boleh main go-kart lagi.

1 comment:

Eyriqazz GTO said...

gambar bapa danish naik go kart mana?