Pages

Wednesday, January 21, 2015

Waktu Sesuai Untuk Beli Emas: Januari 2015

Adakah sekarang ni waktu sesuai untuk beli emas? Itulah persoalan yang bermain-main di fikiran pelabur. Entahlah, sukar bagi kita meramalkan apa akan terjadi pada harga emas di masa hadapan. Anyway berdasarkan harag kijang emas, bagi tempoh 1 Disember 2014 hingga 21 Januari 2015, harga kijang emas 1/4 aun telah meningkat sebanyak hampir 20% (RM1,200 vs RM1,081) bagi harga jualan.

By the way, itu bukannya kenaikan sebenar bagi mereka yang beli pada 1 Disember 2014 dan jual pada 21 Januari 2015 memandangkan mereka perlu mengambil kira harga jualan dan belian. So keuntungan sebenar adalah lebih kurang 10% (RM1,192 vs RM1,081).

Not bad kan dalam masa hampir 2 bulan keuntungan sebanyak 10%. Faktor-faktor yang bakal menyebabkan harga emas naik adalah termasuk ketidaktentuaan ekonomi negara-negara Eropah. tindakan bank di Switzerland yang tidak lagi "pegging" dengan mata wang Euro, Amerika Syarikat yang kemungkinan besar tidak menaikkan kadar faedah disebabkan harga minyak mentah yang rendah.

Apa-apa pun kita tengok dalam masa satu hingga tiga bulan nanti sama ada harga emas akan naik atau turun.

4 comments:

Insan Biasa said...

Itulah.. td tgk dah lepas $1,300/ounce dah.. hopefully the rally is sustainable...

yang baik Ishak said...

Ada juga kawan2 ajak beli emas ... tapi bajet pulak dah lari. harap2 harga emas boleh turun sikit lagi... boleh beli banyak2.

iryanty ahamad said...

beli emas mmg untung waktu harga jatuh..bila harga dah naik leh jual :-))

Zura Tahir said...

Sy suke buat ar rahnu kalau nk gune duit...xsuke gadai...