Pages

Friday, October 17, 2014

Exam Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41 Pada 1 November 2014

Berdasarkan website Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), peperiksaan online bagi memasuki perkhidmatan awam sebagai pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) gred M41 akan berlangsung pada 1 November 2014 iaitu hari Sabtu.
Bagi calon yang telah memohon jawatan PTD, jom check sama ada nama ada tersenarai dalam peperiksaan online 1 November 2014 nanti.

Secara ringkasnya, soalan peperiksaan PTD gred M41 terbahagi kepada 4 seksyen iaitu:
  • Seksyen A – Pengetahuan Am (45 minit: 50 soalan)
    • Menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya.
    • Contoh Soalan:
      Berikut ialah Bidang-Bidang Keberhasilan Utama Negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, kecuali
      A menangani kos sara hidup. B mengurangkan perbelanjaan mengurus kerajaan. C memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman. D meningkat taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah.
      Jawapan: B
       
  • Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah (45 minit: 40 soalan)
    • Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:
     
          Apakah nilai paling sesuai bagi X?
soalan exam PTD 2 Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41
        A 42 B 43 C 44 D 46
        Jawapan: A
        Teknik menjawab:
         94 / 2 = 47 180 / 4 = 45 126 / 3 = X X = 42
  • Seksyen C – Esei Bahasa Melayu (1 jam: 3 soalan, pilih satu soalan, panjang patah perkataan tiada limit)
    • Contohnya: “Langkah-langkah menangani masalah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.”
     
  • Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris (1 jam: 3 soalan, pilih satu soalan, panjang patah perkataan tiada limit)
    • Contohnya: “Electronic Government in Malaysia.”
     

1 comment:

Insan Biasa said...

kebetulan saya juga dijemput untuk ambil exam online tu, tak tahu nak buat ke tak.. any advise? huhu