Pages

Tuesday, February 19, 2013

Jom Terjah The Loaf di Sogo

Sebelum ni pergi ke kedai pastri The Loaf di Langkawi dan juga Pavillion. Baru-baru ini pula pi kedai roti milik bekas PM, Tun Dr. Mahathir di Sogo pula.
Sorry le terambil gambar siapa le pula kali ini untuk dimasukkan dalam blog sharinginfoz. Anyway masa pi kat Sogo baru perasan yang kedai kat luar sebelum ini kalau tak silap Secret Recipe dah bertukar jadi The Loaf le pula. Kalau tak silap The Loaf kat Sogo ni baru sahaja dibuka lebih kurang seminggu. Jom kita tengok antara roti apa yang ada di sini.
Ada sesiapa yang suka makan roti kari ayam ataupun roti ala-ala pizza? Kalau suka apa lagi jom terjah le ya.
Hmmm warnanya hitam dan rasanya mesti sedap ni.
Brownie pun ada, khas buat seseoarang yang suka dengan kemanisan.
 Yang jenis kismis bergula pun ada.
Kalau suka yang berkeju, apa kata cubalah cranberry cheese.
Ni tak sure apa benda tapi yang pasti mesti sedap sebab tinggal dua ketul aja. So kalau teringin nak makan roti, apa kata cuba di The Loaf, Sogo ya. Jom tengok cawangan-cawangan lain The Loaf.

Monday, February 18, 2013

Banjir di Hadapan IOI Mall Puchong

Tadi masa tengok facebook dapat tahu mengenai banjir di area IOI Mall Puchong. Then bila google dapat tahu dengan lebih lanjut mengenai banjir ni. Anyway gambar ni saya dapat from blog norfanil. Nampak gaya banjir kilat ni memang teruk juga.
Banyak gak kereta yang tenggelam kat area IOI Mall Puchong ni. Anyway maybe bagi mereka yang tahu lebih lanjut or mengalami keadaan ni boleh share sedikit sebanyak. Nak tahu lebih lanjut mengenai banjir di kawasan IOI Mall Puchong or nak tengok gambar, boleh baca kat blog norfanil or b1tt.

Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Bagi Sekolah Agama

Sekarang ni Danish berada dalam darjah 5 so memandangkan dia juga bersekolah agama so tahun ni akan menempuhi  Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK). Kenalah buat persediaan awal-awal walaupun sekarang ni baru bulan Ferbuari.

Cari punya cari jumpalah buku yang sesuai digunakan untuk mengulangkaji. Buku-buku untuk UPKK boleh didapati from pengeluar Nadwa Enterprise. Diaorang cakap boleh didapati di kedai Mydin yang besar. 
So jumpalah kat Mydin Selayang. Beli beberapa buah buku. Yang penting ialah Nota Padat UPKK dan Koleksi Soalan UPKK. Di samping itu kami beli buku bahasa Arab darjah 1 hingga 5.

 
Jumpa kat blog Ado Den Kisah mengenai anaknya yang dapat 7A dan 1C dalam UPKK. Banyak juga kertas yang perlu diambil untuk peperiksaan ya, lapan semuanya. Apa-apa pun, semoga Danish dapat mengulangkaji dengan baik dan dapat keputusan yang terbaik boleh dicapai olehnya.