Pages

Thursday, November 15, 2012

Birthday Danish Makan Aiskrim Chocolate Fondue @Baskin Robbins

Baru-baru ini pi Baskin Robbins sempena hari lahir Danish. Dia cakap tak nak kek, makan aiskrim chocolate fondue. So pi le cari benda alah ni kat the Gardens Midvalley. Dah lama gak tak makan chocolate fondue ni. Rasanya dah beberapa bulan since bulan Mac dan April.
Aiskrim, pisang, kek dan macam-macam lagi ada untuk kita cicah ngan coklat yang cair dan sedikit panas. Sejuk dan panas masuk dalam mulut memang satu kombinasi yang bagus.
Cicah jangan tak cicah, tapi jangan lupa guna kad debit Maybank ya, dapatlah diskaun 10% bagi pembelian melebihi RM25.
Malam tu pula pi makan steamboat kat Johnny's Restaurant. Bagi pencuci mulut kami order banana split, kalau tak silap RM5.90 aja untuk satu. Memang sedap gak, bolehlah makan dua orang, so kami order le dua. Kalau makan benda alah banana split kat Baskin Robbins, untuk satu ialah RM23.50.