Pages

Thursday, November 8, 2012

Beg Hilang @Tak Sampai Kat Airport: Apa Perlu Buat?

Masa pi ke Kota Kinabalu hari tu dengan Airasia, tak sangka beg yang check-in tak sampai-sampai, ianya tersalah hantar ke Lapangan Terbang Kuching. Memang pelik, so apa yang perlu dilakukan sekiranya beg tu hilang or tersalah hantar? Jom kita tengok ya.
So kalau kita tunggu punya tunggu pas tu beg tak sampai sehingga benda alah tempat ambil beg tu berhenti so apa lagi buat le report kat kaunter yang berdekatan. Staff Airasia akan tolong isi borang "Property Irregularity Report (PIR)". Pas tu tungu le sehingga diaorang call ataupun kita boleh call diaorang untuk mengetahui status.

Macam yang saya punya kes, bila dah isi report, staff tu akan e-mail ke KL dan lebih kurang 5 jam selepas tu terima panggilan then dia cakap beg tu dok kat Kuching, the next morning, diaorang hantar kembali beg tu kat Kota Kinabalu.
Memandangkan keesokan hari ada tugasan so belilah satu set pakaian bersama-sama benda lain (tak payah le tunjuk benda lain ya). Nasib baik kedai masih buka, kalau tak pakai seluar jeans le, boleh ke?

So just nak share, make sure kita letak benda-benda penting dalam beg yang mana kita bawa masuk sendiri dalam kapal terbang untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

So nak baca lebih lanjut mengenai perkara berkaitan boleh le ya:

3 comments:

Nadot said...

le...kesianny..ape2 tah la airline ni tak hati2...
tp betul la.. ayah mmg dah pesan, beg yg bawak naik make sure ade selai baju, 'bnde2 dalam' (hihi) n ape yg penting lg in case beg x sampai.. huhu

Hazmin Hamudin said...

Saya pernah terkena dulu masa naik MAS, tapi bukan beg pakaian. Kotak skrin pc saya tak keluar daripada tempat menunggu barang tu. Rupa2 nya kotak tu dah sampai terlebih dahulu.

Adziim said...

Kalau dah jadi bos bolehlah dengan seluar jeans je.