Pages

Monday, October 26, 2009

Bajet 2010 - Cukai Pendapatan Individu

Semasa perbentangan bajet 2010 oleh Menteri Kewangan / PM Jumaat lepas, terdapat 4 perkara mengenai Cukai Pendapatan Individu. Walau bagaimanapun, saya terdapat 2 perkara yang saya ingin kongsikan:
  1. "Kerajaan sentiasa ingin memberikan yang terbaik untuk rakyat. Dalam Bajet 2009, Kerajaan telah mengurangkan kadar cukai individu maksimum daripada 28 peratus kepada 27 peratus. Bagi memastikan kadar cukai pendapatan individu kekal kompetitif serta meneruskan agenda ekonomi berasaskan kreativiti, inovasi dan nilai ditambah tinggi, Kerajaan mencadangkan kadar cukai pendapatan individu maksimum dikurangkan lagi daripada 27 peratus kepada 26 peratus, berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2010. Berikutan dengan ini juga, kadar cukai maksimum bagi koperasi diturunkan kepada 26 peratus manakala kadar cukai tetap bagi individu bukan pemastautin dikurangkan kepada 26 peratus."

    Dengan bahasa mudahnya ialah cukai individu maksimum telah diturunkan kepada 26% mulai tahun taksiran 2010. Apakah implikasinya dan siapa akan mendapat manfaat daripada announcement ini? Saya berpendapat apabila kadar cukai maksimum diturunkan secara automatik tax bracket yang lain juga akan turun. Sebagai contohnya kalau sebelum ini pendapatan bercukai anda ialah 13%, maybe ianya akan turun juga kepada 12%. Begitulah harapannya.

    Di sini saya ingin mengupas mengenai mereka yang berpendapatan bercukai sebanyak RM250,000 setahun. Sekali lagi, berpendapatan bercukai bukannya pendapatan sebanyak RM250,000 setahun......... Bezanya ialah berpendapatan bercukai telah ditolak dengaan pelepasan, i.e. individu sebanyak RM8,000 (sebelum ini), KWSP, anak dan lain-lain lagi.....

    Contohnya kalau anda berpendapatan bercukai sebanyak RM300,000 setahun, perbezaan cukai ialah sebanyak RM500. Macam mana nak kira? (RM300,000 - RM250,000) X (penjimatan 1%, iaitu penurunan daripada 27% kepada 26%)
    .

  2. "Di samping itu, untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat, Kerajaan mencadangkan pelepasan diri dinaikkan daripada 8 ribu ringgit kepada 9 ribu ringgit. Ini bermakna, setiap pembayar cukai akan menikmati peningkatan pendapatan boleh guna sebanyak 1 ribu ringgit. Pelepasan ini juga berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2010."

    Bahasa senangnya ialah pelepasan diri dinaikkan daripada RM8 ribu kepada RM9 ribu mulai tahun taksiran 2010. Sebagai contoh, sekiranya pendapatan bercukai anda sebanyak RM40,000 setahun, tax bracket anda ialah 13% so, dengan adanya peningkatan pelepasan diri sebanyak RM1,000 extra (RM9 ribu - RM8 ribu), so cukai anda sekarang akan berkurang sebanyak RM130 (RM1,000 X 13%).

    So kesimpulannya, dengan kenaikan pelepasan diri ianya dapat mengurangkan cukai yang anda perlu bayar, i.e. dalam kes di atas sebanyak RM130 tetapi anda kena ingat bahawa kerajaan akan mengenakan cukai perkhidmatan / caj kad kredit sebanyak RM50 bagi kad utama. So jika anda mempunyai 2 kad, net effect ialah anda jimat RM30 (RM130 daripada penjimatan cukai pendapatan - RM100 bagi pembayaran cukai perkhidmatan kad kredit).