Pages

Monday, August 18, 2014

Mee rebus Tauhu Goreng Rosli @Area Semua House

 
Bagi peminat mee rebus, boleh dapatkan di area Semua House, Kuala Lumpur. Ianya terletak tak jauh dari bangunan Semua House. Nama gerainya adalah Rosli Mee Rebus. Memang Rosli ni terkenal dengan mee rebusnya. Dah beberapa kali gerai ni pindah disebabkan hal-hal tertentu.

Hari tu pi makan bersama member lama Hakim dan eyriqazz. Sorry le Hakim, gambar nampak sikit aja.

By the way, mee rebusnya harga RM4.50 manakala tauhu goreng RM3.50. Kalau nak dua-dua harganya RM5.50 tapi of course tauhunya tak banyak compared to kita order tauhu goreng sahaja.
Dengan kuah yang pekat dan dicampur dengan taugeh serta lada dan telur rebus menjadikan ianya satu hidangan yang cukup sempurna. Oppsss, terlupa pula nak cakap perahan limau ni menjadikan ianya lebih sedap.
Jangan lupa order sekali tauhu goreng dengan kuah kacang serta timun ni. Make sure minta tauhu diasingkan dengan mee rebus baru sedap sangat-sangat. Tak boleh lupakan kesedapan tauhu goreng. Kena pergi lagi ni makan mee rebus Rosli.Rating untuk hidangan keseluruhan saya bagi 8.7 out of 10. Memang the best mee rebus yang pernah saya makan so far especially apabila dimakan bersama dengan tauhu goreng.

Nak tahu lanjut boleh call tokeynya di 017-6413463. kalau tak silap gerai ni mula beroperasi pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang kecuali hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.

6 comments:

Eliss said...

tak sama dengan mee rebus terengganu :) boleh la cuba nanti..

ameris said...

boleh bgtau lokasi tepat x saya dh lama cari mee rosli lps gerai dia tutup kt blkg haniffa dulu.

wassap saya 017-3213039

Sharinginfoz said...

Ellismie: memang kena cuba ni

Ameris: kalau from semua house tu jalan straight then sebelah kanan tu ada deretan gerai pas tu cari gerai yg kedua. Tak pun cuba call tokey dia di 017-6413463

Hazmin Hamudin said...

Nampak macam laksa pun ada mula2. hehe

Unknown said...

Nice.... kuah tu macam unik skit mee rebusnya.... buat makan petang sedap nie...

Unknown said...

Dah try...rating sy kasi 6/10