Baru-baru ini saya ada hantar e-filing dan 2 minggu lepas tu dapatlah refund since potongan cukai berjadual (PCB) melebihi jumlah cukai sebenar yang saya perlu bayar. Then sebulan lepas tu dapatlah surat dari LHDN mengenai pembayaran cukai memandangkan pendapatan tahun 2012 yang saya laporkan tidak diambil kira semasa mereka buat pembayaran balik.
So jom kita tengok cara untuk bayar balik cukai melalui internet.
Mula-mula masuk laman sesawang LHDN then kat atas tu cari ezHASIL dan cari ByrHASIL.
So klik le ByrHASIL ya.
Bila dah masuk byrHASIL, masukkan butir-butir ya.
Dah masuk tu isi lagi butir-butir mengenai pembayaran. Yang nama dan nombor rujukan tu akan keluar secara automatik. By the way, jenis bayaran adalah Bayaran Ansuran Cukai Individu.
No. / Bil. Ansuran sepatutnya 01 aja tapi entah macam mana saya terkeliru dengan nombor kod 84. Tak apa kot. Nanti kena call LHDN tanya benda alah ni takut tak pasal-pasal tetiap bulan diaorang deduct dalam akaun, teruk le. Rasanya tak kot.
Yang kod tu adalah 084.
Lepas tu keluarlah skrin macam ni.
So pilihlah bank mana yang kita nak guna. Macam saya, saya ambil maybank2u.
Lepas tu masukkan username dan juga password.
Lepas tu keluar secara automatik butir-butir.
Pas tu request le TAC ya.
Setelah dimasukkan TAC, so transaksi selesai. Print le resit untuk simpanan.
No comments:
Post a Comment