Pages

Monday, May 5, 2014

Dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) Sebanyak 4.25% Pada Tahun 2013

Mengikut laman web merdeka-online, baru-baru ini, Menteri Pendikan telah mengumumkan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) sebanyak 4.25% bagi tahun 2013. Saya baru aja masuk SSPN-i, so dividen yang dapat bagi tahun 2013 adalah sebanyak RM31.01.   

Nampak gaya kena naikkan lagi simpanan bulanan untuk anak-anak dalam SSPN-i ni. Ianya untuk masa depan mereka disamping kita simpan tempat lain, i.e. Tabung Haji ataupun akaun simpanan di bank. Yang bagus simpan kat SSPN-i ni adalah dapat pelepasan cukai pendapatan.

Just imagine kalau gaji anda dalam banjaran tertinggi, dapat penjimatan cukai pendapatan sebanyak 26% tapi of course simpanan maksimum yang boleh dapat pelepasan adalah RM6,000 setahun (20012-2017). So secara keseluruhan dividen sebenar bukanlah 4.25% tetapi melebihi 30%. Banyak bukan.

Sebagai contoh simpan RM3,000, dapat dividen SSPN-i sebanyak RM127.50 (4.25%) dan penjimatan cukai pendapatan sebanyak RM780 (26%) so jumlah semua adalah RM907.50 (30.25%). So tell me kat mana yang boleh bagi pulangan sebanyak ini?

3 comments:

D' Rauna Gallery said...

Bagaimana nak buka akaun kat SSPN?

Lukman Iqbal said...

menarik blog awak.
FYI-Penang

Farra Da Smiley said...

Oo masuk dah dividen..esok jugak nk cek! Tqqq