Pages

Saturday, May 31, 2014

Modem Streamyx Rosak Bawa TM

Beberapa hari yang lepas modem streamyx saya rosak. Saya agak ianya disebabkan oleh kilat. Biasanya kalau modem tu ok, 4 lampu akan menyala, PWR, DSL, WLAN dan DATA. Tapi yang nyalanya adalah PWR dan DSL. Yang LAN tu tak payah citer le sebab masa saya ambil gambar tu saya cucuk LAN punya. Pas tu call customer service 100 pas tu diaorang ambil report.

Sehari pas tu technician datang, untuk check then dia cakap modem rosak kot so dia nasihat pi TM Point. Lepas saya pi kat sana, dia cakap modem rosak kena beli yang baru sebab waranti dah habis. Kalau tak silap waranti hanya setahun.

Lepas tu dia bawa masuk modem tu then check punya check, entah apa dia buat, pas tu dia cakap ok. Dia suruh guna wifi telefon untuk connect then ok dah. So selamatlah tak payah keluarkan duit nak beli modem.

So mengikut blog norfanil, modem streamyx ni mudah rosak apabila kilat. So dia nasihat off kan modem then cabut wayar yang connect kat telefon untuk mengelakkan perkara ini berlaku.

4 comments:

HiDa said...

Terima kasih info. Tanjung Malim sejak seminggu lepas asyik hujan, guruh dan kilat.

Hanie said...

betol tu.. modem tm ni sensitip.. modem sy pernah rosak sb kilat tp nasib ade warenty lg.. so dpt tkr free.. ;)

kblinux.net said...

Bukan modem TM mudah rosak sbb kilat,router cisco sy pun blh rosak. Yg sebenar modem apa2 brand suka rosak sbb kilat sbb dua punca surge.

1) drp wayar elektrik (ini biasa terbakar adaptor)
2) drp kabel tel.

Dan apa2 barang elektrik sepatutnya digunakan sewaktu kilat.

A's Photosense said...

Boleh ajar bagaimana untuk gunakan wifi phone..sy punya rasa mcm boleh diselamatkn dripada beli yg baru..sama situasinya ngn awk punya