Pages

Friday, October 23, 2009

Ringkasan / Intipati Belanjawan / Bajet 2010 / Summary of Budget 2010

BAJET 2011


Berikut ialah ringkasan budget 2010 yang baru sahaja selesai dibentangkan:
  • Pelepasan cukai pendapatan sebanyak RM500 setahun (2010-2012) bagi langganan broadband
  • Penjawat awam kini boleh memperoleh pinjaman komputer sebanyak RM5,000 setiap 3 tahun jika dibandingkan setiap 5 tahun sebelum ini
  • Pemberian Biasiswa Nasional kepada 30 orang yang terbaik diseluruh Malaysia bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat Izajah di universiti tersohor di dunia
  • Peminjam PTPTN yang mendapat Ijazah Kelas Pertama mulai tahun 2010 akan ditukarkan pinjaman kepada biasiswa
  • Diskaun 50% kepada pelajar yang berumur 13 tahun ke atas bagi menggunakan keretapi jarak jauh dengan KTMB
  • Pelajar boleh memperoleh netbook dengan langganan broadband dengan kadar RM50 sebulan selama 2 tahun. Package ini lebih murah daripada kadar di pasaran. Keutamaan akan diberi kepada pelajar tahun 1 universiti keluarga berpendapatan rendah. Buat permulaan Telekom akan menawarkan kepada 100,000 pelajar
  • LRT (Kelana Jaya-Taman Melati) akan ditambah dengan 35 unit tren
  • Terminal Pengangkutan Bersepadu akan dibina di Gombak bagi mengurangkan kesesakan di bandar
  • Skim insurans / takaful asas bagi motor akan diperkenalkan bagi mempercepatkan claim dan kadarnya dijangka tidak akan membebankan rakyat
  • Syarikat yang tersenarai akan memperkenalkan e-Dividen kepada pemegang saham bagi meningkatkan kemudahan pembayaran. Syarikat broker diberi pilihan untuk memperkenalkan e-Payment bagi membuat dan menerima pembayaran
  • Bermula 1 Januari 2010, kerajaan akan memperkenalkan service charge sebanyak RM50 setahun dan RM25 setahun bagi pemegang kad kredit utama dan tambahan. Ini bagi mengalakkan perbelanjaan secara berhemah. Pemegang kad kredit pada Ogos 2009 ialah 11 juta
  • Kerajaan akan mengenakan RM10,000 bagi setiap AP kepada pemegang AP terbuka.
  • Sistem Pengurusan Subsidi bagi petrol akan diperkenalkan pada awal 2010, untuk memberi hanya kepada yaang memerlukan dengan menggunakan infrastuktur yang sedia ada dan MyKad
  • Kadar elaun bagi Orang Kurang Upaya (OKU) akan ditingkatkan daripada RM50 sebulan kepada RM150 sebulan bagi yang bersekolah di sekolah khas - ianya melibatkan 4,000 pelajar OKU
  • Bagi pencarum EPF yang memilih caruman sebanyak 8%, boleh memilih untuk meningkatkan kembali kepada 11% berkuat kuasa serta merta
  • Bagi assessment 2010, cukai individu maksima akan diturunkan daripada 27% kepada 26%
  • Pelepasan individu bagi tujuan cukai pendapatan individu dinaikan daripada RM8,000 kepada RM9,000 setahun
  • Semua Jabatan dan Kementerian di bawah kerajaan dikehendaki menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak. Bagi tujuan ini, kerajaan memperuntukan RM200,000 bagi setiap jabatan / kementerian
  • Pemberian saguhati kepada penjawat awam berjumlah RM500 dipanjangkan juga kepada semua penjawat awam gred 41 hingga gred 54 atau bersamaan dan juga kepada pesara jika dibandingkan sebelum ini hanya kepada staf kategori sokongan. Bayaran akan dibuat pada bulan Disember 2009

Nanti saya akan memberi ulasan dan pendapat saya mengenai bajet yang dibentangkan hari ini.

5 comments:

Salahuddin Harith said...

benarkah elaun kritikal untuk doktor, ahli farmasi yang berjumlah rm750 itu bakal dipotong?

Sharinginfoz said...

salahuddin: tak pula dengar mengenai potongan, takkan benda yang dah bagi nak ambil balik????

Anonymous said...

tapi tu lah adv elaun to gomen...boleh letak dan tarik bebila

abgbest said...

bagaimana dengan pengeluaran perumahan bagi rumah kedua?

juga bolihkah pencarum yg telah mengeluarkan akaun 2 bagi umur 50 tahun mngeluarkan lagi lebihan di akaun 2 untuk pembayaran pinjaman utk rumah kedua?

Sharinginfoz said...

anon: hmm apa-apa pun harapkan yang terbaik..

abgbest: rasanya satu rumah aja... mana boleh rumah kedua.... better check further ngan kwsp..