Pages

Wednesday, January 28, 2015

Siapa Yang Banyak Berhutang

Siapa yang banyak berhutang? Mengikut kajian yang dijalankan oleh UPM terhadap 508 orang responden, hasil kajian mendapati golongan responden yang terbeban dengan hutang dari segi peratusan tertinggi ialah pekerja wanita (60.7%), berumur antara 25-34 tahun (64%) dan mempunyai pendapatan bulanan antara RM1,500 sehingga RM3,500 (57.6%), telah berkahwin (65.3%) serta mempunyai pendidikan pada peringkat tertiari (54.7%).

Anyway kajian ni boleh didapati dalam Majalah Ringgit keluaran Disember 2014. Maknanya kalau kita tergolong salah satu daripada kategori di atas, maknanya memang terbeban dengan hutang.

Memang hutang tidak boleh lari daripada kehidupan kita apa yang penting kita cuba sedaya upaya untuk ambil hutang yang perlu sahaja, i.e. rumah dan kereta dan of course jumlahnya perlu dikawal.

Friday, January 23, 2015

Dividen / Bonus Tabung Haji 2014 Sebanyak 6.25% (Tambahan 2% Bonus Haji)

Hari ini Tabung Haji mengumumkan dividen / bonus bagi tahun 2014 sebanyak 6.25%. Bagi yang belum menunaikan haji pula tambahan sebanyak 2% diberikan tertakluk kepada bayaran haji (RM9,980). Kadar ini lebih tinggi jika dibandingkan dengan bonus bagi tahun 2013 iaitu 6.00%+2.00%.

Mengikut Utusan, bonus akan dikreditkan pada 26 Januari 2015.

Wednesday, January 21, 2015

Waktu Sesuai Untuk Beli Emas: Januari 2015

Adakah sekarang ni waktu sesuai untuk beli emas? Itulah persoalan yang bermain-main di fikiran pelabur. Entahlah, sukar bagi kita meramalkan apa akan terjadi pada harga emas di masa hadapan. Anyway berdasarkan harag kijang emas, bagi tempoh 1 Disember 2014 hingga 21 Januari 2015, harga kijang emas 1/4 aun telah meningkat sebanyak hampir 20% (RM1,200 vs RM1,081) bagi harga jualan.

By the way, itu bukannya kenaikan sebenar bagi mereka yang beli pada 1 Disember 2014 dan jual pada 21 Januari 2015 memandangkan mereka perlu mengambil kira harga jualan dan belian. So keuntungan sebenar adalah lebih kurang 10% (RM1,192 vs RM1,081).

Not bad kan dalam masa hampir 2 bulan keuntungan sebanyak 10%. Faktor-faktor yang bakal menyebabkan harga emas naik adalah termasuk ketidaktentuaan ekonomi negara-negara Eropah. tindakan bank di Switzerland yang tidak lagi "pegging" dengan mata wang Euro, Amerika Syarikat yang kemungkinan besar tidak menaikkan kadar faedah disebabkan harga minyak mentah yang rendah.

Apa-apa pun kita tengok dalam masa satu hingga tiga bulan nanti sama ada harga emas akan naik atau turun.

Saturday, January 17, 2015

Pizza RM5 di Pizza Hut

Tadi pi Pizza Hut then apa lagi, sekarang ni kan ada promosi, kalau tak silap hingga akhir bulan ni. Yang istimewanya boleh beli pizza personal dengan harga RM5 sahaja makanala yang regular RM10 dan yang besar RM15 je. Yang ni sah untuk bawa balik ya.
So beli le yang personal dua untuk anak-anak, so hanya RM10.60 je termasuk dengan cukai. Apa lagi jom serbu Pizza Hut. Memang sedap kalau makan panas-panas ni pizza.

Saturday, January 10, 2015

Jom Main Go-Kart

Baru-baru ini masa bercuti di Langkawi, Danish sempat main go-kart. Lokasinya tak jauh dari airport dan on the way to Pantai Chenang. By the way, untuk 10 minit cajnya adalah RM37.
Kalau nak yang double harganya adalah RM60.
Sebelum main go-kart tu, kenalah sign borang ni yang mana secara ringkasnya kalau ada apa-apa kemalangan, mereka tidak bertanggungjawab dan kerosokan kita kena bayar.
Ada le minimum high yang diperlukan bagi main go-kart ni.
Ni le go-kart yang digunakan. Banyak gak adalah le lebih kurang 30 buah kot.
Sebelum main go-kart ni, kenalah pakai topi keledar. Untuk keselamatan. Yang putih tu kiranya untuk menjaga kebersihan, maklumlah ramai yang pakai helmet ni.
Bagi kanak-kanak kereta diaorang cuti sikit ngan warna-warni. Diaorang tolak ngan kaki nak make sure kita tekan brek dan tak bergerak le.
Apa lagi, jom main go-kart. Memang enjoy betul Danish main benda alah ni buat kali pertama.
Puas le juga, lain kali kalau singgah lagi di Langkawi boleh main go-kart lagi.

Monday, January 5, 2015

Kos Bercuti di Langkawi Disember 2014

Baru-baru ini, bulan Disember 2014, kami sekeluarga (4 orang) bercuti di Langkawi. Ianya adalah 4 hari 3 malam. Ni actually tahun ketiga berturut-turut lepak kat Langkawi sempena cuti sekolah. By the way, kos keseluruhan adalah sebanyak lebih kurang RM2,700. Ianya lebih tinggi jika dibandingkan dengan tahun 2013 (RM2,300) manakala 2012 (RM2,500).

Secara kasarnya kos-kos bagi tahun 2014 boleh dibahagikan kepada:
  • Pengangkutan lebih kurang RM1,000 termasuk tambang kapal terbang MAS (RM384) dan sewa kereta Myvi (RM350). Bagi MAS kami bernasib baik sebab beli masa ada sale sempena Hari Kemerdekaan manakala sewa kereta tu adalah diaorang caj untuk 3 hari setengah memandangkan kami pulang ke KL waktu malam. Ini juga termasuk dengan petrol sebanyak RM60. Untuk satu liter harga petrol adalah RM2.26. Lebih kurang 350km kami guna keta ni.
  • Coklat kami belanjakan lebih kurang RM530. Memang kalau pi Langkawi tak lengkap dengan coklat ni.
  • Makan-makan kat Langkawi pula lebih kurang RM430. Tempat makan kat Pekan Kuah, Wan Thai memang sedap dan juga makan malam kat Lubuk Buaya di area Pantai Chenang. Pasar malam kat Langkawi, waktu cuti sekolah ni, hari-hari ada so kenalah tahu kat mana. Yang sedap kalau nak makan waktu tengah hari adalah Jom Ikan Bakar yang tak jauh dari airport.
  • Penginapan pula kami spend sebanyak RM400. Kebetulan majikan ada sediakan tempat menginap dan kami ambil dua bilik untuk 4 malam.
  • Bagi tempat menarik pula kami belanja lebih kurang RM220 termasuk wildlife, kereta kabel, perdana galeria dan mahsuri. Tengok anak memang enjoy main go-kart.
So begitulah serba sedikit percutian tahun 2014 sempena cuti sekolah di Langkawi. Tahun 2015 nanti tak rancang lagi nak pi mana, maybe cari tempat lain le pula.

Bagi yang nak bercuti, apa kata cuba-cuba le check di Agoda untuk mendapat sedikit idea mengenai tempat penginapan yang menarik dan berpatutan. 

Friday, January 2, 2015

Telekung Siti Khadijah Memang Selesa dan Senang dipakai

Baru-baru ini, kami terjah di butik Siti Khadijah yang bertempat di Seksyen 15, Shah Alam untuk cari telekung.
Kat sini most of people datang sebab nak cari telekung.  Yang mudahnya pakai telekung ni adalah kita tak perlu guna anak telekun, rambut tak keluar, so just saut aja telekung dan ianya memang lekat kat bahagian muka. Senang kan. Memang cukup selesa dan mudah dipakai.

Nak tahu selesa ke tak boleh baca kat sini.
Ada pelbagai jenis telekung antaranya adalah klasik, moden dan original.
Kalau nak bagi hadiah bolehlah beli kotak ni kalau tak silap harganya RM5 setiap satu.
So wife ambil yang jenis klasik.
Harganya adalah RM235 sepasang.
Jom kita balik bawa telekung Siti Khadijah.
Anyway alamat lengkap untuk cawangan Shah Alam adalah No. 13G, Jalan Tukul P/P15, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor. Boleh call 013-3654247 / 03-55235075 bagi maklumat lanjut.