Pages

Wednesday, January 28, 2015

Siapa Yang Banyak Berhutang

Siapa yang banyak berhutang? Mengikut kajian yang dijalankan oleh UPM terhadap 508 orang responden, hasil kajian mendapati golongan responden yang terbeban dengan hutang dari segi peratusan tertinggi ialah pekerja wanita (60.7%), berumur antara 25-34 tahun (64%) dan mempunyai pendapatan bulanan antara RM1,500 sehingga RM3,500 (57.6%), telah berkahwin (65.3%) serta mempunyai pendidikan pada peringkat tertiari (54.7%).

Anyway kajian ni boleh didapati dalam Majalah Ringgit keluaran Disember 2014. Maknanya kalau kita tergolong salah satu daripada kategori di atas, maknanya memang terbeban dengan hutang.

Memang hutang tidak boleh lari daripada kehidupan kita apa yang penting kita cuba sedaya upaya untuk ambil hutang yang perlu sahaja, i.e. rumah dan kereta dan of course jumlahnya perlu dikawal.