Pages

Tuesday, December 25, 2012

Makan Malam di Restoran Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood @Port Dickson

Selain daripada Nasreen Safood Restaurant, Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood juga tempat yang menarik untuk makan malam. Ianya terletak di Jalan Pantai, Teluk Kemang. Tokey blog makan yang popular, kucingorengemok pernah ke sini. 
Ni le antara makanan laut yang ada kat sini. Anybody suka udang or sotong kat sini?
Ikan sudah semestinya.
Ni le senarai harga makanan lauk kat Restoran Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood. Boleh dikatakan harga kat sini mahal, sebagai contoh ikan siakap RM60 sekilo berbanding dengan kat Umbai, Melaka hanya RM28 sekilo or RM55 sekilo kat Bagan Lalang, Selangor. Maybe sebab cuti sekolah kot?
Anyway tak susah nak cari tempat ni, sebab kat area ni terpanpang jelas bangunan Mesra & Co, i.e. hotel dan juga supermarket.
Memang ramai betul yang makan kat sini.
Ketam masak merah menjadi pilihan kami. Memang sedap dan tak rugi order benda alah ni. Saya bagi rating 8.0 out of 10. Sukar digambarkan kesedapannya sos lada yang enak.
Ni favourite Afiqah ayam masak kunyit. Ayamnya yang garing dan cukup rasa. Afiqah cakap lain kali nak makan lagi ayam ni. Anyway ratingnya 8.1 out of 10.
Tomyam campur ni bagi saya boleh tahan juga ada rasa pedas, masam dan masin. Yang ni 7.8 out of 10.
Telur dadar OK tapi tak begitu gebu.
Sayur kangkung masak belacan OK juga. Lauk-pauk yang diorder ditambah pula dengan sayur ni kiranya boleh menambah selera. Secara keseluruhan saya berpandangan, restoran ni patut dikunjungi bagi mereka yang ingin makan malam ala-ala masakan Thai.
Semua sekali RM72.40. Yang pelik resit tu tak ada detail. Itu pun bila minta baru bagi. Sepatutnya setiap pelanggan diberi resit.

9 comments:

mrs adam said...

hari tu g PD tak tahu nak mkn kat mana.oo mcm best je kedai ni,lagi2 tgk ketam tu

Luqman Zakaria said...

amboi sedapnye...:) jauh ler pulak..kuang2..p seyes nampak menyelerakan...lebih2 lg ketam msak merah tuh...

✿INA AINAA✿ said...

uishhhh!!! murahnyaaaaaaaaaaa... serius terliur tengok semua makanan tu... awwww bukan nak bawak ena tau =P

Mimie said...

hehehe...sebelah dgn bangunan kedai mesra dan klinik mesra...rumah mak sy kat seberang jln je...hehehe

Unknown said...

amboi sodap2 ni ..hihi

Farid Adam said...

sempoi punye detail..."makan malam"

- www.FaridAdam.com -

jiwa meronta.... said...

fuhh... mahal gile tmpt nih... korang kalau nak gi sini bawak duit banyak2... aku memula ingat nak ambik ketam 4 ekor.. sekali dia timbang dan sebut harga dia rm60... peehh.. tak jadi.. ambik 2 ekor je.. so aku order ketam 2 ekor masak merah,air sirap,air kosong,teh ais dgn nasik lemak ciput 4 bungkus.. total rm51.. nasik putih takde tau... time que nak bayar tu ade la brader nak bayar, dia dah siap kluar not rm100.. sekali kira2 semua rm2oo... terperanjat brader tu.. aku rase itu le 1st dan last dia dtg situ.. hahha.. sama la.. aku pun..

Unknown said...

Br mkn kat sini.....harga n rase xberbaloi.....klu sedap byr mahal pun xkisah....tp ni x sedap...

syamyunus said...

Mahal sangat harga yg kenakan....mcm tak berbaloi.....ikan bakar sekor...tomyam..1 set..nasik lemak ciput 2 bungkus..air satu jag...rm148