Pages

Wednesday, December 5, 2012

Yang Mana Satu Diri Anda? DOPE

Yang mana satu diri anda? Dove? Owl? Peacock? Eagle? Kalau nak tahu apa kata buat test di richardstep. Dah dua kali saya buat test, pertama semasa kat Golden Palm Tree, saya adalah eagle tapi bila buat kali kedua di Janda Baik jadi peacock le pula.

Sedikit sebanyak mengenai sifat-sifat burung ni:
  • Dove
    • Suka menolong orang untuk berjaya
    • Sabar, jenis suka berpasukan dan mudah didekati
    • Bukan seseorang yang suka set goal dan fokus lebih kepada keperluan orang lain berbanding diri sendiri
    • Tak suka benda-benda yang detail
  • Owl
    • Sifat ingin tahu, suka menambah pengetahuan dan menjadi pakar
    • Suka benda-benda yang detail
    • Suka mengenai peraturan dan undang-undang
    • Mengawal melalui perancangan yang teliti
    • Sebab suka yang detail so tak nampak gambaran yang lebih luas
  • Peacock
    • Berpengaruh dan optimistik
    • Flexible dan open-minded
    • Suka menarik perhatian
    • Sebab suka tengok benda yang menyeluruh so tak nampak yang detail
    • Bila sesuatu perkara menjadi sukar, senang menyerah kalah dan buat benda-benda yang lain
  • Eagle
    • Fokus, mempunyai sifat motivasi yang tinggi
    • Tidak takut kepada kegagalan dan cabaran sebagai peluang untuk naik kembali
    • Suka berdikari dan suka buat mengikut cara tersendiri
    • Natural leader
    • Kekadang lebih pentingkan result berbanding dengan impak kepada orang lain
    • Degil dan kekadang lebih keyakinan

5 comments:

✿INA AINAA✿ said...

saya maybe owl... sy suka ketahui sesuatu perkara tu lebih mendalam.. tambah2 sesuatu benda yg baru dan disebut2 oleh orang ramai

Farid Adam said...

saya seorang eagle!

- www.FaridAdam.com -

ZaridaIshak said...

saya ada semua... sikit2 tetapi lebih kepada owl... oh tidak...

HeNRieTTa JoSe said...

cam best gak nie...jap nk p try...

Diari Maya said...

Bg akak P ek? Peacock cantik...kekeke