Pages

Friday, June 29, 2012

Keputusan Terkini Kelantan vs Selangor: Liga Super 29 Jun 2012

Permainan tamat dengan Kelantan mendapat 3 mata penuh dan seterusnya Kelantan menaiki takhta Liga Super mengatasi Lions XII. Terima kasih semua kerana mengikuti entri kali ini. Jumpa lagi di lain masa 

 
Inilah barisan Kelantan.
Kelantan menggunakan strategi 4-4-2 dengan Matyo dan Indra sebagai penyerang.
Sudah tentu Selangor akan bermain dengan bersungguh-sungguh di Kelantan kali ini dengan strategi 4-1-3-2.
 Kejap lagi perlawanan antara Kelantan vs Selangor akan berlangsung. Malam ini perlawanan diadakan di Stadium Muhammad IV, Kelantan.
KELANTAN 1-0 SELANGOR
  • 94": Permainan tamat dengan Kelantan mendapat 3 mata penuh dan seterusnya Kelantan menaiki takhta Liga Super mengatasi Lions XII. Terima kasih semua kerana mengikuti entri kali ini. Jumpa lagi di lain masa
  • 90": 4 minit masa tambahan
  • 87": Hantaran cantik oleh Razman gagal disempurnakan oleh Amri yang sedikit lambat tiba
  • 85": Harap Kelantan dapat mengekalkan permainan sehingga ke tiupan wisel terakhir
  • 82": Sayang sekali serangan berangkai Farhan-Indra gagal membuahkan hasil kerana hantaran Farhan tersekat, beliau sepatutnya mencuba sendiri
  • 81": Ramzul dimasukkan menggantikan pemain sensasi Kelantan, Matyo. Sudah lengkap 3 pertukaran oleh Kelantan
  • 78": Sepakan percuma oleh Safiq gagal ditanduk oleh Ramez yang berada di tepi pintu gol sebelah kiri
  • 75": Banyak insiden yang tidak baik malam ini, pemain Kelantan, Nik Shahrul dikeluarkan akibat kecederaan
  • 70": 20 minit lagi sebelum wisel penamat dibunyikan dengan kedudukan masih kekal Kelantan 1-0 Selangor
  • 66": Pemain terbaru Selangor, Solihin dikenakan kad kuning akibat mengasari pemain Kelantan
  • 63": Sepakan penjuru oleh pemain Kelantan hampir membuahkan hasil setelah keadaan kelam kabut tetapi pemain Kelantan gagal memanfaatkan keadaan
  • 62": Satu sepakan yang kencang oleh Indra tetapi terbangan badan penjaga gol menyelamatkan keadaan
  • 58": 3 minit permainan yang dihentikan di sambung kembali
  • 55": Terdaapat pertembungan di antara Ghaddar dan pemain Selangor. Keadaan agak tegang dan pemain kedua-dua pasukan kelihatan sedikit tidak berpuas hati
  • 52": Penyokong Kelantan berang setelah Ghaddar dikasari oleh Bunyamin dan tidak dikenakan apa-apa tindakan. Jurulatih Kelantan, Bojan,  juga tidak berpuas hati dengan membaling botol air mineral ke tanah 
  • 50": Pemain Selangor, Balaban yang berasal dari Crotia, menjaringkan 10 gol so far, dikenakan kad kuning kerana mengasari pemain Kelantan. Beliau tidak berpuas hati dengan layangan kad tersebut
  • 48": Matyo jelas berada di dalam kedudukan offside ketika Kelantan melakukan serangan
  • 46": Permainan di teruskan dan diharap ianya lebih baik dan banyak gol dijaringkan nanti
  • Permainan separuh masa pertama tamat dengan keputusan Kelantan 1-0 Selangor. Tunggu ya dalam masa 15 minit. Kalau yang belum solat tu apa kata pi le dulu ya
  • 45": Permainan dilanjutkan 2 minit. Satu sepakan volley yang baik oleh Farhan tetapi dapat ditangkap kemas oleh penjaga gol Selangor
  • 44": Selangor menguasai permainan dengan 54% vs 46% oleh Kelantan
  • 41": Pemain Kelantan, Obinna dilayangkan kad kuning setelah menjatuhkan pemain Selangor di luar kotak penalti di sebelah kiri. Sepakan percuma yang diambil oleh Safiq gagal disempurnakan oleh Amri. Sebelum itu Amri menyiku Ghaddar di hadapan pintu gol menyebabkan Ghaddar jatuh
  • 40": Indra terus menyerang tetapi tidak begitu kuat, sepatutnya beliau perlu membuat hantaran kepada Farhan yang menunggu di depan gol
  • 39": Tandukan Farhan melantun tinggi setelah mendapat hantaran cantik ke pintu gol
  • 38": Amri Yahyah dipersalahkan kerana berada di dalam posisi offside
  • 33": Percubaan cantik oleh Ghaddar dapat ditangkap oleh Norazlan walaupun tidak begitu kemas. Kelantan perlu menang malam ini bagi membolehkan Kelantan menduduki tangga teratas Liga Super, yang mana dikuasai oleh Lions XII 
  • 30": Permainan ada lagi 15 bagi bagi separuh masa pertama
  • 28": Kelantan menggandakan serangan tetapi sepakan Indra tersasar melepasi palang gol
  • 24": Ghaddar menanduk masuk bola ke gawang Selangor hasil sepakan penjuru. Kelantan 1-0 Selangor. Ghaddar adalah pemain gantian setelah Piya dibawa keluar akibat kecederaan
  • 21": Serangan pemain Selangor, Solihin dapat dikeluarkan oleh Daudsu
  • 20": Sepakan penjuru pertama Selangor tetapi dapat dihalang oleh pemain Kelantan
  • 17": Kapten Kelantan, Piya mengalami kecederaan dan diusung keluar
  • 17": Sepakan penjuru yang diambil oleh pemain Kelantan gagal disempurnakan dengan baik
  • 14": Nurul Azwan Roya membuat larian solo tetapi sayang dijatuhkan di luar kotak penalti tetapi tidak diberi sepakan percuma
  • 10": Sepakan percuma Safiq untuk Selangor tersasar
  • 5": Setelah 5 minit perlawanan, permainan agak seimbang dan tiada serangan yang berbisa setakat ini
  • 0": Perlawanan baru sahaja dimulakan dengan Kelantan menggunakan jersi merah putih manakala Selangor pula dengan kuning merah. Lebih 18,000 penonton membanjiri stadium pada malam ini, 29 Jun 2012