Pages

Friday, March 30, 2012

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Sudah Berlandaskan Syariah

Sebelum ini aya ada tulis entry mengenai "Harap-harap SSPN berlandaskan Syariah" Oktober last year. Sekarang ni dah confirm yang Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) adalah berlandaskan Syariah. So tak perlu ragu-ragu lagi, memang halal punya. Ini disahkan oleh Islamic Banking and Finance Institute Malaysia Sdn Bhd (IBFIM).

Sedikit sebanyak mengenai kelebihan SSPN antaranya:
  • Kadar keuntungan / dividen yang kompetitif (jangan pula bandingkan dengan Tabung Haji @6% ataupun Bank Rakyat @20%)
  • Geran sepadan sehingga RM10,000 per family bagi family yang berpendapatan RM2,000 dan ke bawah. Contohnya kalau simpanan ada RM5,000 so ianya akan ditambah RM5,000 so jadilah RM10,000
  • Pelepasan cukai atas simpanan sehingga RM3,000 setahun. So kalau tiap-tiap tahun kita simpan RM2,000 so dapatlah pelepasan RM2,000. Kalau tax bracket kita let say, 7% so jimatkan cukai pendapatan sebanyak RM140
So apa lagi jom kita sama-sama buka akaun SSPN. Nak tahu jom kita tengok cara nak buka. By the way, minimum nak buka ialah RM20.

Sedikit maklumat mengenai jumlah simpanan dalam SSPN sehingga Disember 2011:
  • Deposit terkumpul: RM488.51 juta
  • Akaun terkumpul: 1,034,239
  • Maknanya purata simpanan setiap akaun adalah RM472
Jom apa lagi, bukalah akaun SSPN.

5 comments:

arekymz said...

nak guna pinjaman ptptn kena ada sspn ke?

Mak Lagenda said...

Arekymz : Setahu mak, YES. Mulai 2011/12 *klu x salah mak, musti peminjam yg ingin buat loan PTPTN,perlu ada akaun SSPN nih. Allahuallam..

Mak Lagenda said...

Alhamdulillah..mak dah 3-3 anak semua dah ada SSPN ni sejak tahun 2008/09 lg!

Diari Maya said...

Alhamdulillah... khabar gembira buat sumorang kan!

Anonymous said...

Wah! Terima kasih, Mak Lagenda. Sy tercari2 maklumat pasal SSPN nie. Trima kasih skali lagi~ :)