Pages

Thursday, February 2, 2012

Baskin Robbins dan Haagen Dazs

Memang sedap makan aiskrim kan? Kat market memang terdapat pelbagai jenama dan jenis. Suka makan Baskin Robbins, kalau dapat diskaun 31% lagi sedap kan.

Haagen Dazs pun not bad juga, antara blogger yang suka makan aiskrim Haagen Dazs ialah siapa lagi kalau tak eyriqazz, "Aiskrim Haagen Dazs yang serius sedap".

By the way, masa pergi kat kedai Baskin Robbins ada pengesahan halal untuk aiskrim mereka. So beberapa hari yang lepas ada call cawangan Haagen Dazs untuk mendapat pengesahan halal so diaorang cakap ada 2 je aiskrim kat Haagen Dazs yang mengandungi alkohol iaitu Rum Raisin dan Tiramisu. Yang lain tiada alkohol, begitulah sedikit sebanyak info mengenai aiskrim ya.

Wednesday, February 1, 2012

SARA 1Malaysia Dapat 32% Tapi Amanah Saham 1Malaysia Dapat 6.5%

Setelah pengumuman mengenai Skim Amanah Rakyat SARA 1 Malaysia baru-baru ini, ramai juga yang berdebat mengenai status halal or haram mengenai SARA 1 Malaysia. Mengikut apa yang saya faham, wang pelabur dalam SARA 1Malaysia akan dilabur di dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS1M). Mengikut maklumat from website, for the past 2 years, dana ini memberi pulangan di antara 6.38% to 6.5% setahun.

Anyway, melalui SARA 1Malaysia, pelabur akan mendapat pulangan 32% setahun. Secara lebih tepat ialah 32.16% [(134X12)/5,000]. Diharap pihak yang berkenaan dapat memberi penjelasan secara lanjut macam mana boleh menjanjikan pulangan yang lebih banyak.

Or adakah bagi pelabur yang masuk dalam SARA 1Malaysia, mereka hanya dapat pulangan bulanan selama 5 tahun dan diakhir tahun ke-5, tidak mendapat kembali RM5,000 yang dilaburkan. Jika demikian pulangan adalah 12.16% setahun [(134X12X5) / 5,000] - 1 then bahagi 5.


Satu lagi bagi pelaburan dalam laporan tahunan 2011 AS1M, lebih kurang 1/4 daripada dana dilaburkan dalam industri perbankan. So diharap pihak yang berkenaan dapat sahkan mengenai status sama ada ianya menepati shariah ke tak.

Of course selain daripada dalam industri perbankan, dana tersebut juga dilaburkan di dalam industri perladangan, hartanah dan juga infrastruktur dan banyak lagi. Maybe pandangan saya mengenai SARA 1Malaysia dan AS1M adalah tidak tepat, maybe pembaca dapat memberi komen.

Satu lagi, kalau nak check sama ada kaunter saham adalah patuh shariah ke tak, boleh check kat website Bursa Malaysia, tengok yang ada tulisan [S] kat belakang nama kaunter tu.

Jom Aiskrim Baskin Robbins @AEON AU2 Setiawangsa 31 Januari 2012

Guess what setiap 31 haribulan, ada diskaun 31% di Baskin Robbins. Kali ini kitaorang terjah di AEON AU2 Setiawangsa.

Memang pelbagai perasa ada.


Yang manis, masam dan juga pelbagai warna.

So belilah 2 pint. Pilih 4 perasa. Yang sedap ialah chocolate mousse royale @ di dalamnya ada serpihan coklat dan juga yang satu perasa lagi yang mango memang sedap.

Campur semua makan memang lagi sedap aiskrim Baskin Robbins ni. So nak murah kena tunggu 31 March le pula, sementara tu kalau nak makan beli le yang cone ke bulan Februari ni.