Pages

Thursday, October 6, 2011

Harap-Harap SSPN Berlandaskan Syariah

Hari tu ada hantar pertanyaan mengenai Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) untuk mengetahui sama ada ianya berlandaskan Syariah atau tidak. Not bad diaorang memang jawab melalui e-mail.

Anyway buat masa sekarang ianya tidak dapat disahkan lagi dan mereka telah melantik pakar syariah untuk meneliti dan mengkaji produk SSPN. Apa-apa pun, memandangkan ramai umat Islam yang menabung dalam skim ini, diharap ianya berkonsepkan Islam baru tenang kita simpan duit kat sini kan.

Memang dalam perancangan untuk simpan kat sini untuk anak-anak lagipun dapat pengecualian cukai sehingga RM3,000 setahun. So just imagine kalau simpan RM1,000 setahun dan kalau cukai pendapatan biasanya dikenakan sebanyak 11%, so dapat pengecualian sebanyak RM110. Tambah lagi dengan dividen tahunan sebagai contoh 2.5% so jumlah semua adalah 13.5%, banyak tu.

Wednesday, October 5, 2011

Kejap Aja Siap Langsir IKEA

Tak sampai seminggu dah siap tempahan langsir kat IKEA. Memang cukup pantas, maybe sebab tak ramai yang tempah jika dibandingkan semasa musim perayaan. Secara dasarnya memang berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan termasuk jahitan yang saya rasanya kemas.

Lebih kurang RM400 untuk satu langsir untuk sliding door tiga pintu kat ruang tamu. Inilah sedikit sebanyak pengalaman menempah langsir kat IKEA.

Tuesday, October 4, 2011

Ramai Betul Ambil Jubah Untuk Konvo

Hari minggu lepas pi le ambil robe untuk convocation yang akan diadakan minggu ini. Memang ramai betul yang beratur. By the way, gambar ini bagi mereka yang ingin membeli frame untuk letak gambar konvo nanti.

Memang seronok betul mereka yang bakal menerima skrol tak kira le undergrad or postgrad. I am sure semua tak sabar untuk meraikan saat-saat gembira ini bersama-sama dengan orang yang tersayang.

Nanti saya akan update bila sampai masanya suasana konvo dan of course jubah yang akan dipakai pada hari yang bersejarah nanti.