Pages

Monday, October 3, 2011

2 Tahun Bersama Nuffnang Dapat RM1,600++

Kejap aja masa berlalu, sekarang ni dah masuk 2 tahun bersama-sama Nuffnang. Memang seronok juga berblogging dan share benda-benda yang kita rasa interesting dengan orang lain. Disamping itu dapat baca entri kat blog lain.

Anyway selama dua tahun berblogging, suka-suka dapat juga income, so far RM1,645.58 or RM60++ sebulan. Mabe sesetengah orang cakap tak banyak tapi tak kisahlah kita buat benda ni pun bukan full time dan suka-suka aja.

Sunday, October 2, 2011

Siapa Nak Beli Rucksack Karrimor Discovery 65 @RM50

UPDATE: SOLD pada 3 Oktober 2011 (ada 3 orang berminat, sorry kepada yang tak dapat!)


Sekarang ni saya tengah mengemas bilik dan terjumpalah rucksack Karrimor Discovery 65 yang dibeli lebih 10 tahun dahulu @original. Tak ingat le berapa harganya. Walaupun dah lama tapi ianya masih berada dalam keadaan yang baik.

Sesuai untuk camping dan travelling. Boleh cuba cari kat mudah.com.my ada yang jual hampir RM200 @yang dah digunakan.

Ni le gambar kat belakang, memang comfortable walaupun bawa benda yang berat. By the way, benda alah ini saya gunakan semasa belajar dulu.

So kalau sesiapa berminat saya nak "lupuskan" rucksack Karrimor Discovery 65 pada harga RM50 dan boleh diambil terus dengan saya kat Wangsa Maju nanti. So kalau ingin mengetahui lebih lanjut boleh e-mail di niksuhaimi77@gmail.com dan sertakan your phone number.

Saturday, October 1, 2011

Sekarang Al-Awfar Junior Pula @Bank Islam


Sebelum ini ada simpanan Al-Awfar from Bank Islam. Sekarang ini produk diperluaskan kepada kanak-kanak dengan Al-Awfar Junior.

Ni le syarat-syarat untuk buka akaun Al-Awfar Junior antaranya:
  • Di bawah umur 18 tahun, yalah namanya untuk kanak-kanak
  • Tidak boleh membuat pengeluaran dalam masa 3 bulan pertama
  • Kalau nak tutup akaun dalam tempoh 3 bulan pertama so caj RM20 dikenakan
Since kanak-kanak suka dengan hadiah, inilah hadiah bagi cabutan bertuah iaitu:
  • Pertama: Kamera Canon, Playstation 3 dan Samsung Tab
  • Kedua: Samsung Tab dan Toshiba Notebook
  • Ketiga X 5: PSP dan Kamera Conon
Memang sungguh menarik, kalau dapat satu memang seronok.


Ini antara ciri-ciri akaun Al-Awfar Junior @Bank Islam:
  • Deposit minima: RM10
  • Perkongsian keuntungan 98%:2% (Bank: Pelanggan), memang sikit maybe tak sampai pun 0.5% setahun, sebab tu boleh bagi cabutan bertuah kan?
  • Setiap RM10, satu peluang cabutan bertuah
  • Kekerapan cabutan bertuah: Bulanan dan Suku tahunan (rasanya yang suku tahunan nilai hadiah lagi besar)
Apa-apa pun sebelum menabung di Al-Awfar Junior Bank Islam, fahami betul-betul terutamanya mengenai kadar pulangan @keuntungan yang bakal dinikmati sebab ianya tidak sebanyak yang ditawarkan oleh bank-bank lain tetapi memberi peluang untuk dapat cabutan bertuah. Good luck semua.

By the way, bermula 27 September 2011, Bank Islam mengadakan promosi bagi mengalakkan pembukaan akaun Al-Awfar Junior dengan menawarkan ganjaran seperti memberi RM10 bagi setiap akaun dibuka yang terhad pada 5,000 pelanggan pertama. Ada juga promosi dapat hadiah berdasarkan jumlah tabungan yang dibuat i.e. RM100-RM500 (pencil case), RM500.01-RM1,000 (mug dan pencil case) manakala RM1,000 ke atas (laptop bagpack, mug dan pencil case).