Perkhidmatan LRT untuk pagi ini @13 September 2011 tergendala. Entah apa masalahnya, secara senang "masalah teknikal". Semua penumpang kena turun kat LRT stesen Damai. Memang beratus-ratus orang maybe sampai seribu orang terkandas kat stesen ini.
Semua nak cepat untuk ke pejabat tapi nampak gayanya mereka nak tak nak lambat ke tempat kerja. Sepatutnya guna perkhidmatan awam dapat menjimatkan masa dapat mengelakkan kesesakan jalan raya tapi sebaliknya untuk hari ini.Tak tahu berapa lama masa akan diambil untuk memperbaiki benda alah ni. Kalau tak silap ini kali pertama, biasanya train tu bergerak juga dengan slow tapi yang ni stop tengah jalan.
Sepatutnya ada shuttle bas tapi tunggu punya tunggu tak kelihatan. Nak naik teksi pun tak ada, kalau ada pun, tengoklah orang yang menunggu. Di harap pihak berkenaan @MY Rapid dapat memperbaiki perkhidmatan ini di masa hadapan. Apasal le benda ini berlaku kat stesen Damai. Dahlah tu banyak jalan di Kuala Lumpur ditutup hari ini sampai Jumaat, kalau tak silap sehingga kul 11.00 pagi. Nak tahu pasal penutupan boleh call Polis Trafik Kuala Lumpur @03-20719999.
By the way, update oleh MYRapidKL @twitter mengenai masalah yang dihadapi oleh pengguna LRT yang terpaksa berhenti dan keluar di stesen Damai hari ini. Rupa-rupanya masalah teknikal dalam terowong.



