Pages

Thursday, June 2, 2011

Jom Makan Nasi Padang di Minang Saiyo @Taman Melawati

Kepada pengemar nasi padang apa kata cuba di Minang Saiyo yang bertempat di Lot 17-A, Jalan Bandar 3, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur. Ianya terletak di hujung sekali.

Hari tu beli bungkus. Menunya, nasi putih, ayam goreng, paru goreng (2 keping), ikan masin gelama goreng dan pegedil. Pada harga RM7.60, ianya agak resonable. Suka paru yang garing dan nipis. Bila kunyah memang sedap.

Ayam goreng rasanya tak berapa rempah maybe sebab goreng kunyit biasa kot tapi nasib baik ada ikan kering bolehlah menambahkan rasa. Kuah tak rasa sangat kot, entahlah maybe sebab tak letak banyak sangat kuah dan sambalnya pun sama, maybe next time kena letak lebih sikit.

Overall bolehlah cuba sesuatu yang berbeza. Kalau ikut rating saya bagi 7.8 out of 10. Kalau nak dibandingkan dengan retoran depan Sogo, susahlah, itu dah taraf A, yang ni just B+.

Kalau ikutkan, jenis-jenis lauk ianya bolehlah dikategorikan banyak gak pilihan.

Masa pergi hari tu tak berapa ramai sangat, maybe sebelum lunch hour tapi bila aja keluar, ramai yang datang.

Ni le senarai harga. Apa-apa pun, kalau nak mencuba nasi padang, bolehlah datang sini ya. Boleh call 4108 2173 (berdasarkan papan tanda perniagaan).

Wednesday, June 1, 2011

Beli Petrol RM50 Bayar RM40 Aja? Kad Kredit AmBank @20% Cash Back

Memang betul anda akan mendapat cash back sebanyak 20% bagi setiap pembelian menggunakan kad kredit AmBank melalui promosi "New 20% Cash Back". Tetapi tunggu dulu baca dengan teliti syarat-syarat sebelum anda berbuat demikian:
  • Pembelian dilakukan pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad sahaja), kalau hari lain tak dikira

  • Program ini berlangsung dari 1 Jun 2011 sehingga 31 Mac 2012

  • Pembelian adalah di Gedung Serbaneka, Farmasi, Pasaraya dan Stesyen Minyak (check dahulu ya tempat-tempat yang mengambil bahagian since bukan semua tempat dapat cash back)

  • Cash back @diskaun 20% adalah tertakluk kepada maksima RM80 untuk setiap ahli setiap bulan. Setiap bulan hanya RM200,000 disediakan untuk semua pemegang kad di seluruh Malaysia. Perbelanjaan yang dikira bagi tujuan cash back AmBank adalah berdasarkan blok RM50 (petrol) dan blok RM100 (benda alah lain)

    So kalau beli petrol RM80, cash back hanya dikira RM50 X 20% = RM10. Kalau beli petrol RM48, tiada cash back ya

    Kalau beli barangan runcit RM290, cash back adalah RM200 X 20% =RM40, kalau beli RM500, cash back hanyalah RM80 (maksimum) walaupun RM500 X 20%=RM100

  • Kalau berminat untuk sertai program 20% Cash Back boleh sms ke cashback16-digit No. Kad Utama AmBank / AmIslamic Bank ke 36663

    Contoh : cashback 1234567890123456 (SMS yang dihantar tidak sensitif sama ada huruf besar atau kecil)
So sedikit peringatan:
  • Berbelanja apa yang perlu sahaja

  • Bayar full ya setiap bulan, tak payah le berhutang

  • Since cash back AmBank ni hanya untuk RM200,000, apa kata beli guna kad kredit pada minggu pertama dan kedua setiap bulan aja, rasanya dah masuk minggu ke-3, amaun yang diperuntukkan sudah habis

  • Ambillah kad kredit berlandaskan shariah (penting ni)
Jangan lupa baca dan fahami betul-betul terma-terma dan syarat-syarat sebelum berbuat sesuatu, jadilah pengguna yang berhemat.

Harga Emas KFH Naik 0.7% Bulan Mei 2011

Bulan Mei menyaksikan pergerakan emas KFH agak mendatar di dalam jajaran sempit. Harga jualan untuk satu gram adalah di antara RM148.68 dan RM155.19. Pada bulan Mei ianya naik RM1.02 or 0.70%. Harga emas di pasaran dunia banyak dipengaruhi oleh kesan hutang di negera Eropah terutamanya Greece, nilai matawang USD dan juga penurunan komoditi lain i.e. perak yang jatuh 30% akibat peningkatan keperluan margin.

Pada tahun 2011 pula, harga jualan emas KFH telah naik RM11.17 atau 7.8% bagi tempoh Januari-Mei. Ianya sangat positif tetapi bagi tempoh 7 bulan akan datang, memang sukar diramalkan disebabkan banyak faktor yang bakal mempengaruhi pergerakannya.

Jom kita tengok keuntungan sebenar bagi yang membeli emas KFH awal tahun 2011. Setelah mengambil kira spread (perbezaan harga belian dan jualan), sehingga 31 Mei 2011, pembeli emas KFH mendapati nilai simpanan telah naik kepada 2.09% ataupun RM3.00 untuk satu gram.

Untuk mengetahui harga emas KFH harian, jom tengok SINI!!.